My Stalker.. Haha

Friday, July 26, 2013

Zizan Razak Hero Baru Cicakman 3

Credits: http://era.fm/

Jika di Hollywood ataupun barat, kita sentiasa mendengar kisah superhero seperti Batman, Superman atau lain-lain, tidak salah rasanya jikalau kita mempunyai superhero dalam gaya yang tersendiri. 
 
Suatu ketika, filem Cicakman pernah mendapat kritikan dan diatas dorongan serta sokongan untuk menghasilkan sesuatu yang semakin baik, KRU Studios Sdn Bhd kembali mempersembahkan Cicakman 3.
 
Pada kali ini, beberapa perubahan jelas dilakukan demi untuk menepati citarasa generasi baru. Sebagai contoh watak utama telah digantikan oleh Zizan yang ternyata lebih segar serta mampu menarik peminat ke panggung wayang. Ini dikuatkan lagi dengan perwatakan Zizan yang spontan dan sangat bersahaja.
 
Bagi Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim turut menjelaskan bahawa Cicakman 3 masih relevan untuk diterbitkan dan filem ini bakal dikembangkan mengikut sekuel dan kesesuaiannya nanti. Tambahnya lagi, aspek pemilihan pelakon tidak menjadi satu perkara yang besar kerana di barat turut mengemukakan muka-muka hero yang baru selepas beberapa musim dan tahun.
 
Diantara pelakon yang bakal menghiasi Cicakman 3 ialah Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairus yang akan mengemudi tonggak utama bagi filem berkenaan. Selain itu, pada kali ini KRU Studios Sdn Bhd bakal bekerjasama dengan tiga studio penerbitan filem gergasi tanahair iaitu KRU Studios, Grand Brialiance dan Astro Shaw Sdn Bhd untuk menghasilkan sesuatu yang belum pernah diadakan sebelum ini. Diharapkan dengan kerjasama ini bakal memecahkan kutipan jualan filem Cicakman sebelum ini dan sebaris dengan filem blokbuster yang lain.

No comments:

Post a Comment