Credits: http://www.astrogempak.com.my/
Sebelum ini lagu ‘Bawaku Pergi’ yang dinyanyi kan oleh Zizan dan kakak
telah mencipta fenomanya tersendiri serta mendapat sambutan yang hebat
daripada para peminat. Kini, sekali lagi mereka bergandingan bersama untuk lagu terbaru berjudul ‘Infiniti Cinta’. Menurut Zizan atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abdul Razak, lagu
ini adalah bukti kesungguhannya untuk memperjuangkan muzik sebagai
seorang penyanyi dan lagu ini merupakan hasil ciptaannya bersama Aris.
“Single kedua ini merupakan hasil nukilan saya bersama Aris, bagi saya,
saya tidak pernah patah semangat selepas kontroversi lagu ‘Bawaku
Pergi’, sebaliknya saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus
berkarya.” ujar pemuda berusia 29 tahun ini. Selain itu, Zizan juga akui senang bekerjasama dengan Kaka. “Kaka adalah seorang penyanyi yang berbakat besar dan sejak gandingan
pertama kami lagi, saya sudah cukup selesa untuk bergandingan dengan
dia.” ujar anak kelahiran Terengganu ini lagi.
Sementara itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff pula
berkata dia amat selesa bekerja bersama Zizan selain berharap single
kedua mereka ini dapat diterima peminat. “Saya sememangnya gembira dapat bekerja dengan Zizan, ini tiada kena
mengena pasal tumpang populariti ke ape tidak. Saya seronok dan serasi
dengan dia. “Dia dah macam abang saya dan saya rasa memang banyak lagi yang saya
perlu belajar dari dia mengenai industri ini.” ujarnya ketika ditemui
pada majlis pelancaran muzik video single ‘Infiniti Cinta’
Menariknya, sejak dilancarkan pada hujung bulan yang lalu, lagu
tersebut tidak perlu mengambil tempoh yang lama untuk berada di puncak
carta dan menjadi siulan dan pilihan ramai pendengar. Muzik video ‘Infiniti Cinta’ yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini memaparkan Kuala Lumpur seakan-akan Kota New York. Single ‘Infiniti Cinta’ merupakan kerjasama diantara Astro dan Wirefame
dan lagu ini juga boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit. Jadi tunggu apa lagi, jom saksikan musik video 'Infiniti Cinta' dibawah!
Untuk maklumat lanjut sila layari www.astro.com.my atau www.wirefame.com.my.
No comments:
Post a Comment