My Stalker.. Haha

Tuesday, November 5, 2013

OBSESI ZIZAN TERBARU!

Credits: http://www.wirefame.com.my/

Zizan asyik dengan kek coklat? Entri kali ni, kitorang nak dedahkan sikit obsesi Zizan ni yang belum diketahui ramai. Fenomena cupcake ni pun memang dah sebati dengan masyarakat kita lepas trend macaroon berakhir tak lama dulu, kan? Asal ada majlis ke makan-makan ke, mesti terselit cupcake. Jadi tak hairanlah kalau ada pengusaha kecil-kecilan yang wujud untuk memenuhi permintaan sebegini.
Semuanya bermula ketika sesi brainstorm di pejabat bersama team produksinya. Tiba-tiba aje Zizan mengimbau kembali jamuan raya WFE tempoh hari, siap sebut satu-satu pula tu juadah yang dihidang, sampailah kepada “salted caramel choc cake” yang dipesan khas sempena jamuan tu. Zizan terus minta kepada pengurusan untuk order kek tu sekali lagi, katanya mengidam teruk sangat pulak. Zizan kata kek tu ada kick!
Team WFE menjejak kembali pembuat kek tersebut yang bernama Sarah untuk menempah kek untuk Zizan. Bila dengar Zizan mengidam sangat kek salted caramel coklat beliau, Sarah sangat teruja! Tempahan Zizan siap dalam tempoh sehari dan dihantar Sarah sendiri dan kebetulan, Zizan tengah singgah pejabat waktu tu! Peluang keemasan tersebut digunakan oleh Sarah sebaiknya. Rancak betul diorang berbual. Daripada mengenai kek ke perniagaan si Sarah sampailah ke usaha Sarah nak membuka kedai bakerinya dengan menjual semua barangannya, untuk mencukupkan modal membina bakeri impian diberi nama Flavox Coffee and Terrace. ‘Ada potensi ni, kita kena bantu dia’, cerita Zizan kat kitorang lepas Sarah meninggalkan pejabat WFE. Lepas Zizan sendiri meneliti Facebook Flavox Patisserie milik Sarah, Zizan rasa wajarlah korang semua tahu pasal struggle Sarah ini dan sama-sama menyokongnya. Salah satu contoh yang patut diteladani, orang yang tak berputus asa dalam mengejar impian! Jom!


No comments:

Post a Comment