
Credits: Zizan Razak Supporters
Bagaimana
jelas dan terangnya tajuk pementasan terbaru hasil tulisan sutradara
terkenal, Erma Fatima yang diberi judul Bahayanya Wanita, begitu juga
mesej utama yang ingin diketengahkan dalam teater ini lebih santai dan
tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penonton.
Tampil di atas
pentas dengan watak Suti Lambung, janda berketurunan jawa yang digilai
si romeo tua beristeri tiga lakonan Zizan Razak, Erma merasakan tajuk
yang dipertaruhkan mempunyai elemen komedi serta disebalik ia juga
merupakan realiti dalam kehidupan kita seharian.
Mula
dipentaskan pada 20 Disember lalu, teater arahan Bombay atau Zamberi
Shari ini mempunyai tarikan tersendiri serta tampil dengan mesej positif
selain daripada barisan pelakon handalan yang mewarnai Panggung Sari,
Istana BUdaya sehingga 31 Disember ini.
“Saya rasakan tajuk itu
bukan sahaja senang untuk difahami, ia juga ingin memberitahu umum
bahawa wanita itu ada kuasanya sendiri. Kerana jika tidak, tiadalah
pepatah mengatakan tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.
“Walaupun banyak elemen komedi tetapi penuh dengan mesej yang cuba
dikaitkan dengan realiti rumahtangga yang berlaku di negara ini serta
kisah-kisah yang melibatkannya.
“Watak Syed Maadon Al-Sidek
bukanlah karektor asing dalam masyarakat kita, begitu juga watak
isteri-isterinya, Sharifah Fatimah Maruka, Kamelia dan Farhana yang
dibawakan oleh Umie Aida, Erra Fazira dan Nora Danish (Lana
Nordin),”ujar Erma yang turut membuat penampilan sebagai Suti Lambung,
isteri keempat Syed Maadon.
Menggunakan nama-nama besar di
dalam pementasan memberikan kelebihan serta diakui sendiri oleh pengarah
bahawa dia berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh
pemain-pemain yang terlibat dalam pementasa Bahayanya Wanita itu.
"Alhamdulillah pada malam ini semua berjalan lancar dan pelakon telah
melaksanakan tugas mereka dengan memainkan peranan mereka di atas pentas
dengan baik. Tidak sukar untuk bekerjasama dengan mereka walaupun ada
diantaranya sibuk dengan komitmen lain.
“Namun begitumasing ada
ruang yang boleh diperbaiki bagi melicinkan lagi pementasan kali ini
daripada segi teknikal yang mengambil kira pengurusan pentas serta dari
segi audio dan pencahayaan.
“Diharapkan Bahayanya Wanita dapat
diterima sekaligus memberikan impak kepada mereka yang datang menonton
dengan mesej-mesej berkaitan hal rumahtangga dan poligami,” ucap Bombay
yng diberi tanggungjawab untuk mengarahkan naskhah daripada Erma Fatima
ini.
Selain daripada Zizan Razak, Umie Aida, Erra Fazira, Nora
Danish, pementasan muzikal ini tampil mempertaruhkan Johan Asaari, Ziela
Jalil, Rosminah Tahir, Syanie, Haliza Misbun, dan ramai lagi termasuk
Lana Nordin sebagai setiausaha yang turut menggantikan watak Nora Danish
bagi dua malam yang mana Nora Danish terlibat sebagai juri di Maharaja
Lawak Mega.
Teater ini turut mempersembahkan sebanyak 18 buah
lagu nyanyian pelakon-pelakon tersebut dengan lirik yang ditukar
mengikut kesesuaian jalan cerita.
Best regards,
Ely Liyana
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com
No comments:
Post a Comment