Credits:
http://www.myartis.com/2014/04/zizan-tak-pernah-ajak-kahwin-emma.html
Emma Maembong dan Zizan Razak akan kahwin tidak lama lagi!
Demikianlah gosip yang bertiup kencang mengenai hubungan dua sejoli ini
yang sering dilanda kontroversi. Gosip bertambah hangat apabila pelakon
Projek Memikat Suami itu yang berehat seketika daripada berlakon di
anggap sebagai sibuk membuat persiapan kahwin.
Dan seperti biasa, bila diajukan soalan tersebut pada Emma, dia
menafikan akan menamatkan zaman bujangnya. Dakwa Emma, semua gosip itu
adalah tidak benar kerana dia dan Zizan tidak pernah bercakap soal
kahwin, apatah lagi menetapkan tarikh nikah.
"Memamg saya akui, ramai yang bercakap bahawa saya dan Zizan akan
berkahwin dalam tahun ini atau tahun depan. Semua itu tak betul.
"Memang benar kami rapat dan memang benar kami bercinta, tapi setakat
ini dia (Zizan) tidak pernah mengajak saya berbincang ke arah itu dan
jauh sekali untuk membuat baju atau menetapkan tarikh perkahwinan kami.
Tiada langsung.
"Tidak ada sebarang kenyataan yang mengatakan kami akan berkahwin
tetapi apa yang pasti kami memamg rapat ketika ini," ujarnya.
Bagaimanapun, dia mengakui pernah menerima hadiah patung Barbie ikan
duyung daripada Zizan sebagai pemberian hari jadinya yang ke 22
baru-baru ini.
Tambah Emma, dia sedar hubungannya dengan Zizan telah berada pada fasa
yang berbeza dan dia langsung tidak mahu berselindung lagi dengan
peminat tentang keakrabannya dengan Zizan.
"Saya kenal Zizan sejak sebelum saya menjadi artis lagi. Itupun kerana
kami berjiran di kampung dan kemudian barulah kami mula rapat.
"Bukannya dulu saya mahu menyorokkan hubungan kami, tapi dalam setiap
perhubungan perlulah diberikan masa untuk mengenal hati budi
masing-masing.
"Saya tak mahu sekiranya kami terlalu terbuka di awal perhubungan, takut nanti kalau tak jadi, pastinya saya juga yang malu.
"Seperti anda semua dapat lihat, barulah sekarang kami bersikap terbuka
selepas kami mengenali hati budi masing-masing," jelasnya dipetik
sebagai berkata.
Best regards,
No comments:
Post a Comment