Credits: http://www.mstar.com.my/
SUBANG JAYA: Dua pelawak iaitu Zizan Razak dan Johan mengatasi
artis lain apabila masing-masing memperoleh empat pencalonan dalam
anugerah Shout Awards 2013 yang akan diadakan pada 9 November depan di
Stadium Putra Bukit Jalil, kuala Lumpur.
Ia akan berlangsung pada pukul 8.30 malam dan disiarkan menerusi saluran 8TV.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, telah dicalonkan
menerusi kategori Flava Awards dan Favourite TV Personality Award.
Manakala Johan, 29, telah dicalonkan menerusi kategori Coolest Radio
Announcer Award dan Favourite Radio Show Award menerusi segmen Johara
Pagi Era.
Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Jozan turut berkongsi dua pencalonan menerusi kategori Best On-Screen Chemistry Award.
No comments:
Post a Comment