My Stalker.. Haha

Wednesday, October 2, 2013

Zizan Razak Belum Mahu Menyanyi Solo

Pengacara rancangan ‘Melodi’ dan ‘Akademi
Fantasia 2013’, Zizan Razak menjelaskan yang dia
belum ada perancangan untuk menghasilkan lagu
solonya sendiri selepas muncul dengan beberapa
lagu seperti ‘Selamat Tinggal’ bersama Dina
Nadzir dan lagu ‘Bawaku Pergi’ serta ‘Infiniti
Cinta’ bersama Kaka Azraff.
“Saya andaikan begini, apabila di pentas komedi,
mesti ada seseorang yang memegang peranan
‘joker’. ‘Joker’ ini boleh bertukar-tukar karakter
dan melakukan pelbagai perkara. Saya memegang
peranan ini dan orang boleh menerimanya.
Semua bidang saya ceburi. Bermula dari bidang
lawak, lakonan, pengacaraan sehingga ke
nyanyian. Pada mulanya, saya anggap perkara ini
main-main sahaja tapi kini perkara ini telah
berubah menjadi serius. Apabila sudah serius,
saya lakukan perkara ini dengan sungguh-
sungguh,” jelas Zizan memulakan perbualan
bersama GUA.
“Saya kadang-kadang terfikir juga, bagaimanakah
nanti penerimaan orang sekeliling sekiranya saya
menyanyi secara solo. Saya selesa menyanyi lagu
yang ada bait ‘rap’ di dalamnya, tapi untuk
bergerak solo, saya belum lagi memikirkannya,”
tutur Zizan ketika ditemui di Majlis Pelancaran
Single ‘Infiniti Cinta’ di Souled Out, Jalan
Ampang pada Rabu.
Lagu terbaru Zizan dan Kaka, ‘Infiniti Cinta’ ini
dicipta oleh Audi Mok dan Omar K. Liriknya pula
dihasilkan sendiri oleh Zizan dengan kerjasama
Aris. Saat ditanya adakah kontroversi yang
tercetus dengan lagu ‘Bawaku Pergi’ dahulu akan
memberi kesan kepada lagu terbarunya bersama
Kaka, Zizan merasakan lagu ini tidak akan
terkesan dengan kontroversi terbabit.
“Saya rasakan kontroversi lagu ‘Bawaku Pergi’
tidak akan memberi kesan kepada lagu ‘Infiniti
Cinta’. Orang yang bercakap mengenai
kontroversi lalu pun mungkin hanya seorang
dua. Jadi saya rasakan perkara ini tidak akan
mempengaruhi kesan penerimaan orang ramai
terhadap lagu terbaru kami,” cerita Zizan lagi.
Sementara itu, muzik video lagu ‘Infiniti Cinta’
turut dilancarkan pada majlis yang sama.
Diarahkan oleh pengarah prolifik, Ghaz Abu
Bakar, muzik video ini telah memaparkan Kuala
Lumpur seakan-akan kota New York dan
menampilkan Zizan memegang peranan sebagai
seorang chef.

No comments:

Post a Comment