My Stalker.. Haha

Monday, February 10, 2014

MLM 2013: Harap Kami Tiga Kekal Bersama – Jep Sepahtu

 

Credits: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/111244/MLM-2013-Harap-Kami-Tiga-Kekal-Bersama-%E2%80%93-Jep-Sepahtu.aspx?fb_action_ids=693250617382770&fb_action_types=og.likes&fb_ref=.Uvha-78X5cs.like&fb_source=other_multiline&action_object_map=[261863533973620]&action_type_map=[%22og.likes%22]&action_ref_map=[%22.Uvha-78X5cs.like%22]

Tahniah buat kumpulan Sepahtu setelah dinobatkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung Jumaat minggu lalu di Stadium Melawati, Shah Alam.
Kemenangan kumpulan Sepahtu turut dikaitkan dengan kehadiran ahli kumpulan baru iaitu Rahim dari kumpulan R2. Sepahtu yang sebelum ini hanya dianggotai oleh Jep dan Shuib telah mengambil keputusan untuk bergerak secara trio di MLM edisi 2013 untuk menguatkan lagi jentera Sepahtu.
Menurut Jep, kehadiran Rahim banyak membantu Sepahtu dan sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan mereka di MLM 2013.
“Saya akui Rahim banyak membantu Sepahtu dan kami sangat bersyukur dengan kemenangan ini. Ianya atas berkat usaha kami bertiga seterusnya dapat beraksi di pentas akhir MLM 2013. Secara jujurnya kemenangan kami sungguh tidak disangka dan pembabitan Rahim dalam Sepahtu pada awalnya boleh dikatakan hanya projek khas sahaja.
“Sedia maklum Rahim sebelum ini mempunyai kumpulan lain iaitu R2 yang dibentuk bersama adiknya Ridhzuan. Saya mengharapkan kami bertiga dapat kekal bersama sebagai sebuah kumpulan lawak walaupun program MLM 2013 sudah berakhir. Wang kemenangan kami ini nanti akan dikongsi secara bersama,” jelasnya Jep kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Rahim turut mengakui rasa bertanggungjawab dan berusaha untuk sama-sama berjuang membantu Sepahtu menjejakkan kaki ke gelanggang akhir MLM 2013.
“Saya telah diberi peluang untuk menyertai Sepahtu untuk MLM edisi 2013 jadi saya rasa ini satu tanggungjawab yang besar untuk bantu Sepahtu menjejakkan kaki ke gelanggang akhir MLM 2013.
“Alhamdulillah berkat usaha kami bertiga, kejayaan Sepahtu adalah atas sokongan ahli keluarga dan para peminat yang tidak henti-henti menyokong Sepahtu sejak di minggu pertama lagi,” ujar Rahim ringkas.
Kemenangan Sepahtu malam tadi membolehkan mereka membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM500,000 serta trofi sumbangan dari pihak Astro.
Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung pada haru Jumaat minggu lalu, memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas dan muzikal.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan  Nora Danish.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini gelanggang akhir MLM 2013!


Best regards,

No comments:

Post a Comment