
Gelanggang
akhir MLM 2013 telah pun menutup tirainya dengan menyaksikan Sepahtu
diumum sebagai Juara keseluruhan MLM 2013 sekaligus menewaskan empat
persaingan terhebat mereka iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.
Kemenangan
Sepahtu malam tadi membolehkan mereka membawa pulang hadiah lumayan
berjumlah RM500,000 serta trofi sumbangan dari pihak Astro.
Mengulas
lanjut kemenangan Sepahtu di gelanggang akhir MLM 2013, mereka tidak
menyangka diumumkan juara selepas menerima kejutan menerima undian
rendah di peringkat separuh akhir.
Menurut
Jep, keputusan undian mereka pada minggu lalu menjadi satu “wake up
call” untuk mereka berusaha lebih keras di gelanggang akhir MLM 2013.
“Minggu
lalu di Johor Bahru kami menerima kejutan besar dengan undian agak
mengecewakan. Tetapi itu satu wake up call untuk kami berusaha lebih
keras dan buat terbaik untuk para peminat dan penonton di gelanggang
akhir.
“Terima
kasih kepada para penyokong kumpulan Sepahtu kerana anda adalah yang
terbaik buat kami dan percaya dengan kemampuan kami sekaligus memilih
Sepahtu sebagai juara MLM 2013.
“Tidak
lupa juga barisan para juri yang banyak memberi komen-komen membina
untuk kami bangkit dan berusaha lebih keras sejak di minggu pertama MLM
2013 bermula,” ujar Jep kepada Astro Gempak.
Dalam
pada itu, Jep tidak menafikan gelanggang akhir MLM 2013 adalah antara
gelanggang paling sengit setakat ini dengan kemampuan dan kehebatan yang
dimiliki oleh peserta MLM 2013.
“Gelanggang
akhir MLM 2013 memang cukup sengit pada saya kerana setiap peserta
mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Jadi bukan mudah untuk
bersaingan dengan mereka dan usaha adalah kunci utama untuk anda
berjaya,” tambah Jep.
Keputusan
telah diumumkan AC Mizal dihadapan 5,000 penonton di Stadium Malawati,
Shah Alam dan hadiah telah disampaikan oleh Ketua Kumpulan Saluran
Premium Astro, Nizam Sani dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu
Astro, Khairul Anwar Salleh.
Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung pada malam tadi, memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas dan muzikal.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish.
Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung pada malam tadi, memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas dan muzikal.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini gelanggang akhir MLM 2013!
Ely Liyana
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com
No comments:
Post a Comment