My Stalker.. Haha

Tuesday, January 21, 2014

Gosip Tentang Zizan: Zizan Razak Jelas Isu Bercumbuan Di MeleTOP 65 Malam Ini?


Program MeleTOP kembali lagi minggu ini dengan pelbagai berita panas tempatan dan antarabangsa yang bakal dikongsi bersama dengan para penonton. Jika minggu lalu kehadiran aktres cantik Rita Rudaini dan penyanyi kacak Nomad mendapat perhatian para penonton MeleTOP, episod 65 kali ini membawakan anda tiga nama besar dalam industri seni tanah air.
Baru-baru ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan dakwaan pelawak terkenal Zizan Razak bercumbuan dengan aktres cantik Emma Maembong di dalam pesawat ketika menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat. Gosip tersebut mendapat perhatian pihak media dan para peminat yang mahukan penjelasan dari Zizan Razak dan Emma Maembong sendiri.
Oleh itu MeleTOP telah menjemput Zizan Razak pada malam ini yang turut dicalonkan menerusi tiga kategori dalam Anugerah MeleTOP Era. Kehadiran Zizan pasti ditunggu-tunggu oleh peminat setianya yang turut ingin mengetahui perkembangan terbaru jejak kelahiran negeri Terengganu ini.
Dalam pada itu, pengacara hebat tanah air Datuk Aznil Hj Nawawi turut bakal membuat penampilan khas dalam MeleTOP episod 65 bagi mempromosikan program ‘Macam-Macam Aznil’ yang diberi nafas baru iaitu ‘Lagi Riuh Macam-Macam Aznil’ yang sudah pun bersiaran di Astro Ria (104). Apa yang menarik tentang program terbaru Pak Nil? Sama-sama kita nantikan penjelasan Pak Nil tentang program ini malam nanti.
Dan tidak terlepas juga, kumpulan empat jejak kacak yang kini menjadi perhatian industri muzik tanah air iaitu kumpulan Forteen yang turut tersenarai dalam dua kategori menerusi Anugerah MeleTOP Era. Forteen yang popular dengan lagu “Kita” turut akan membuat persembahan secara langsung khas buat para penonton dan peminat mereka.
Menarik bukan untuk program MeleTOP episod 65 malam ini? Pasti akan ada cerita panas dari mereka bertiga ditambah lagi dengan celoteh dua hos MeleTOP iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa.
Jangan lupa untuk ketahui lebih banyak gosip panas dan perkara trendy masakini hanya di program MeleTOP yang akan bersiaran setiap selasa bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Layari www.meletop.com.my untuk berita, video, carta MeleTOP yang terkini!
Jangan lupa untuk mengundi di Anugerah MeleTOP Era dengan melayari www.meletop.com.my atau www.facebook.com/mymeletop
Anugerah MeleTOP ERA akan berlangsung dengan penuh meriah pada 8 Februari 2014 dan boleh ditonton secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) dan dan siaran serentak di Maya HD (saluran 135), Astro Hitz (saluran 705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan Laman YouTube Astro Gempak.


Best regards,

No comments:

Post a Comment