My Stalker.. Haha

Thursday, January 9, 2014

MLM2013: Jep Sepahtu Bersikap 'Masuk Bakul Angkat Sendiri'?

 
 Credits: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/108243/MLM2013-Jep-Sepahtu-Bersikap-Masuk-Bakul-Angkat-Sendiri.aspx

Program Maharaja Lawak Mega 2013 sudah pun masuk minggu kesembilan dengan pelbagai kejutan yang berlaku sebelum ini. Antaranya tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu Jumaat minggu dan menyaksikan persaingan di gelanggang MLM 2013 yang semakin sengit.
Dalam kesibukan para peserta bersiap sedia untuk beraksi di minggu kesembilan, timbul pula kisah terbaru dari salah seorang ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep.
Menerusi sebuah artikel di Utusan Online, segelintir peserta MLM 2013 tidak berpuas hati dengan “attitude” Jep yang dikatakan 'masuk bangkul angkat sendiri'. Jelas salah seorang peserta mengakui Jep merupakan seorang rakan yang baik tetapi dia meluahkan rasa kecewa selepas pelawak berasal dari Kulai, Johor ini membangga diri sebab dia yang menggerakkan kumpulan Sepahtu.
Memang diakui, kumpulan Sepahtu mempunyai pengikut yang cukup ramai ditambah lagi dengan kekuatan dan kebolehan Jep, Shuib dan Rahim menggerakkan sesuatu persembahan tidak boleh dipertikaikan.
Tapi apabila Jep bercakap seperti itu seolah-olah dua rakannya iaitu Shuib dan Rahim tidak menyumbang apa-apa untuk Sepahtu menerusi MLM 2013. Mungkin Jep tidak sedar tentang perkara yang disebutnya tetapi bagi mereka yang selalu mendengar mungkin merasa pelik dengan tindakan Jep.
Dalam pada itu, pihak Astro Gempak cuba menghubungi Jep untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini. Namun sehingga kini Jep tidak dapat dihubungi kerana kemungkinan Jep sedang melakukan persiapan untuk persembahan di minggu kesembilan yang bakal diadakan di perkarangan pintu utama New Wing One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Rasanya para penonton lebih tahu untuk menilai sendiri apa yang berlaku di hadapan mata mereka. Atau mungkin ini salah satu strategi untuk menjatuhkan atau memburukkan Jep? Kita nantikan sahaja jawapan dari pihak Jep pula.
Jangan lupa untuk mengundi dan menyokong program Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan bersiaran setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), taip ML[nama singkatan PESERTA] atau ML<3/5/10>[nama singkatan PESERTA] untuk (3/5/10 undian) ke 32777
Contoh : ML10 [nama singkatan PESERTA] ke 32777.

Untuk 20 undian: Taip ML20[nama singkatan PESERTA] ke 32777.

Setiap SMS akan dikenakan kadar premium sebanyak RM0.50 bagi setiap undian.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini program Maharaja Lawak Mega 2013!

Ely: Nak buat macam maner, org dh benci kite x boleh pakse die sruh suke kat kiter. Redha jela abg jep~ kuatkan semangat abg jep. be yourself. Pedulikan je ape yg diorg ckp. biarlah ape org nak kate. Rmai lgi yg sokong abg jep. Gud Luck utk esok ok! hwaiting!
Best regards,

No comments:

Post a Comment