My Stalker.. Haha

Tuesday, January 7, 2014

Shiro Kesal Dakwaan Tidak Berasas

 

 
Credits:  http://www.era.fm/

Oleh Izzat Ismail

Baru-baru ini terdengar dakwaan mengatakan kumpulan Shiro telah digam oleh satu stesen televisyen. Perkara ini terjadi apabila Shiro dikatakan telah membuat satu jenaka yang menyentuh situasi semasa kepada tetamu VIP yang telah hadir. Mengulas lanjut mengenai kesahihan perkara ini, Ajak menolak perkara tersebut dan menyatakan ianya hanyalah khabar angin. Bukan itu saja, kumpulan Shiro sendiri tidak pernah mengetahui kesahihan perkara tersebut dan menyatakan ianya adalah dakwaan yang tidak berasas.

Ini kerana selepas program itu, Shiro masih lagi dijemput untuk menjadi pengacara pada rancangan Tahun Baru 2014. Tambahnya lagi, mereka turut tidak menerima apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut dari stesen televisyen itu. Ajak dalam kenyataan lain berharap semua pihak tidak menyebarkan khabar angin ini dan hubungan diantara Shiro dan mana-mana produksi televisyen adalah sangat baik.

Dalam kata lain pula, Ajak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan berharap agar sokongan tersebut berkekalan pada masa hadapan. Tambahnya, persembahan mereka pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan oleh stesen televisyen tersebut.  Kumpulan Shiro bagaiamanapun menganggap perkara tersebut sebagai cabaran menjadi anak seni dan meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak.
 
 Ely: kalau dah benci kat orang tu, semua boleh jadi. So, kuatkan semangat SHIRO! masih ramai lagi mahu menyokongmu.. Hwaiting! 
 
Best regards,

No comments:

Post a Comment