Kehebatan dan aksi bertenaga yang di persembahkan oleh duo hiphop
popular terkenal Korea, Leesang di Kenangan Wholesale City (KWC) Mall
benar-benar membuatkan peminat terpukau.
Kedatangan mereka ke Malaysia pada Sabtu lalu untuk menjayakan showcase pertama di sini sangat berbaloi apabila menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat.
Leesang yang dianggotai oleh dua orang sahabat iaitu Kang Gary dan juga Gill telah membuatkan penonton hanyut dengan persembahan mereka.
Dimulakan dengan paparan visual koleksi album mereka, Gary dan Gill kemudiannya tampil dengan empat buah lagu popular iaitu ‘Modesty Is Difficult’, ‘I Turned Of The TV,’ ‘You’re The Answer To The Like Me’ dan ‘Woman Who Can’t Break Up Man Who Can't Leave’ mendapat sorakan tanpa henti daripada peminat.
Menariknya apabila lebih kurang 4000 peminat yang hadir berdiri dan bersorak setiap kali Gary dan Gill tampil untuk menyanyikan lagu-lagu mereka seterusnya, tidak kurang juga yang datang membawa ‘banner’ masing-masing yang antaranya tertulis ‘Gary oppa saranghae,’ dan juga ‘Leesang Daebak’ semata-mata untuk menarik perhatian artis kegemaran mereka.
Malah, ada peminat mereka yang sanggup terbang dari Korea ke Malaysia semata-mata mahu menyaksikan showcase daripada duo hiphop hebat ini.
Selain itu, terdapat satu segmen kejutan di mana 10 orang peminat dipilih oleh mereka di jemput naik ke pentas untuk menyertai permainan yang telah di sediakan. Sikap mesra di antara Gary dan Gill bersama peminat telah membuatkan malam tersebut lebih bermakna.
Figura popular dalam rancangan variati Runningman ini juga terkejut apabila dia telah di peluk oleh seorang peminat dari balakang semasa acara permainan sedang berlangsung.
Berlainan dengan karakternya yang agak polos di dalam Runningman, Gary yang tampil sebagai penyanyi kelihatan lebih bergaya dan cara beliau menyampaikan aksi rap mendapat pujian daripada peminat.
Sorakan semakin kuat apabila lagu ‘Let Us Meet Right Now’ berkumandang kerana ianya merupaka lagu yang sering didengar dalam siri Runningman ketika Gary dan Jihyo yang dikenali sebagai pasangan Isnin ini bersama.
Mereka telah menyampaikan 10 buah lagu hebat dengan aksi penuh bertenaga dan 'fan service' yang di berikan telah membuatkan peminat jatuh hati.
Leesang juga terharu dengan sambutan terhadap ‘Leesang 1st Asia Showcase in Malaysia’ dan gembira kerana berpeluang bertemu peminat di sini.
“Kepada anda semua yang berada di sini, terima kasih kerana menyokong…Kami tidak menyangka peminat kami agak ramai di Malaysia dan sokongan anda amat berharga buat kami.
"Kami akan berusaha dengan lebih keras untuk menghasilkan album dan muzik terbaik..Kami sayang anda, Malaysia hebat!” ujar Gary sebelum persembahan tamat.
Kemeriahan 'Leesang 1st Asia Showcase in Malaysia’ ini dibawakan khas oleh piham penganjur iaitu Pop Culture Live, CJ E&M dan Leesang Company.

Ely Liyana
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com
No comments:
Post a Comment