My Stalker.. Haha

Tuesday, January 21, 2014

Gosip Tentang Zizan: Zizan Razak Nafi Dakwaan Bercumbu Dengan Emma Maembong

 

Baru semalam Astro Gempak ada mengeluarkan sebuah artikel khabar angin yang mendakwa pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak dan aktres cantik Emma Maembong dikatakan bercumbuan di dalam kapal terbang.
Dipetik menerusi mStar Online, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak menafikan dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan tersebut sebagai tidak masuk akal.
“Saya ke Amerika Syarikat bukan berdua dengan Emma sebaliknya bersama pengurus dan krew penggambaran. Tidak mungkin saya hendak buat perkara macam itu di hapadan mereka semua.
“Saya tidak terkejut dengan isu yang timbul ini kerana ianya sudah menjadi lumrah sebagai seorang artis,” jelas Zizan ketika dihubungi.
Tambah anak kelahiran negeri Terengganu ini lagi, dia tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga gosip ini boleh timbul kerana ianya tidak berasas serta hanya satu spekulasi sahaja.
“Gosip ini tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan. Saya tidak berkecil hati dengan berita seperti ini kerana saya anggap media hanya jalankan tugasan mereka.
“Saya juga tidak berani mahu tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar,” ujar Zizan lagi.
Zizan mengulas laporan sebuah ruangan gosip baru-baru ini yang mendakwa dia dan Emma bercumbuan di dalam kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain sewaktu perjalanan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat.


Best regards,

No comments:

Post a Comment