Credits: http://www.astrogempak.com.my/
Jika anda menonton Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) minggu lepas, kebangkitan kumpulan Sepahtu dapat dilihat dengan ketara apabila lawak mereka ‘menjadi’ dan mampu menarik perhatian juri.
Seolah-olah bangkit dari ‘kekalahan’ Sepahtu yang dianggotai Rahim, Jep dan Shuib turut menarik perhatian penonton di studio apabila berjaya mendapat tepukan gemuruh usai persembahan bertemakan muzikal minggu lepas.
Bagaimanapun ada cerita kurang enak yang Astro Gempak dengar apabila ramai yang mendakwa kumpulan Sepahtu hanya bergantung kepada populariti Jep semata-mata.
“Saya rasa telahan itu tidak tepat sama sekali, kerana kami datang bertiga…Idea juga datang dari kami bertiga bukan dari saya seorang.
“Rasa tak sedaplah bila orang kata Sepahtu mendapat undian tinggi adalah kerana populariti saya. Tanpa Shuib dan Rahim saya tak mungkin mampu untuk berlawak,” kata Jep ketika ditemui pada majlis sidang media MLM2013, Jumaat lepas.
Tambah Jep lagi, dia juga kurang senang apabila ada yang mendakwa kumpulan Sepahtu tidak bersungguh ketika berlawak kerana sudah berada di zon selesa.
“Sepahtu tidak pernah rasa berada di zon selesa kerana setiap minggu kami akan cuba beri yang terbaik kepada penonton semua, kami tak pernah main-main.
“Cuma mungkin kerana terlalu bereksperimen menyebabkan beberapa lawak kami tidak menjadi sebelum ini. Tetapi Sepahtu belajar dari kesilapan dan akan bangkit semula menebus kembali kekecewaan demi untuk para peminat kami yang telah mengundi selama ini..."
“Kami juga sentiasa mengingatkan diri masing-masing bahawa penyertaan dalam MLM2013 ini bukan kerana mahu menang tetapi untuk menghiburkan peminat-peminat di luar sana. Soal kemenangan jatuh nombor dua, namun kalau kami bergelar juara itu adalah rezeki,” katanya lagi.
Dalam pada itu Jep sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat, terutama penyokong Sepahtu kerana tidak putus-putus memberi semangat dan mengundi mereka.

Kepada penonton-penonton MLM2013 jangan lupa untuk terus menyokong dan mengundi kumpulan kegemaran anda di MLM 2013 untuk memastikan kumpulan yang betul-betul layak terus berada bersaing merebut gelaran juara MLM 2103.
Program Maharaja Lawak Mega 2013 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan bersiaran setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Jika mahu peserta kumpulan anda menjadi juara, jangan tunggu lama-lama…Cepat-cepat mengundi! Caranya mudah sahaja:
Dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), taip ML[nama singkatan PESERTA] atau ML<3/5/10>[nama singkatan PESERTA] untuk (3/5/10 undian) ke 32777
Contoh : ML10 [nama singkatan PESERTA] ke 32777.

Untuk 20 undian: Taip ML20[nama singkatan PESERTA] ke 32777.
Setiap SMS akan dikenakan kadar premium sebanyak RM0.50 bagi setiap undian.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini program Maharaja Lawak Mega 2013!
From me: Sokay sepahtu n jep! teruskan usaha dan gud luck utk malam ini yang bertemakan "Rancangan TV" Hwaiting!
Ely Liyana
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com
No comments:
Post a Comment