My Stalker.. Haha

Sunday, July 28, 2013

The Smurf 2 - Zizan Razak Sebagai Vanity

Assalamualaikum. ni nak habaq mai la ni yang Zizan akan jadi Vanity dalam filem animasi The Smurf 2. Akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2013! yeay! tak sabo nak nengok cerita ni..

Link >>>>>>   https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=PYrzGQfVDzY




Music Video Infiniti Cinta By Zizan & Kaka

Anyeong.. memang dah lama dah tak mengadap komputer ni. Yela maklum la saya punya keyboard ni cam vangang sikit .. haha.. Especially, bila nk tekan huruf " Z ". Nasib baik sekarang boleh tekan tau. Huruf Z ni sangat2lah penting untuk buat blog. Korang tau la kan Z tu untuk apa kannnnnn ~. Kalau tak, memang tak lah saya nak mengadap 24 hours.
   Okeyhh! Kita terus kepada topik yang nak disampaikan tadi yang belum sampai2 lagi ni ha. Ok, lagu Infiniti Cinta by Zizan & Kaka sudah ada music video kauuuu! But, belum dirasmikan lagi lah.. Gambar2 ini adalah di sebalik tabir pengembaraan music video Infiniti Cinta dari Zizan & Kaka! Nak tau director dia siapa? Takkan tak kenal beliau ini menang besar masa Anugerah Blockbuster 2 filem Hantu Kapcai iaitu Ghaz Abu Bakar!

Credits: www.wirefame.com.my/
Can't Wait This MV!

Friday, July 26, 2013

Zizan Razak Hero Baru Cicakman 3

Credits: http://era.fm/

Jika di Hollywood ataupun barat, kita sentiasa mendengar kisah superhero seperti Batman, Superman atau lain-lain, tidak salah rasanya jikalau kita mempunyai superhero dalam gaya yang tersendiri. 
 
Suatu ketika, filem Cicakman pernah mendapat kritikan dan diatas dorongan serta sokongan untuk menghasilkan sesuatu yang semakin baik, KRU Studios Sdn Bhd kembali mempersembahkan Cicakman 3.
 
Pada kali ini, beberapa perubahan jelas dilakukan demi untuk menepati citarasa generasi baru. Sebagai contoh watak utama telah digantikan oleh Zizan yang ternyata lebih segar serta mampu menarik peminat ke panggung wayang. Ini dikuatkan lagi dengan perwatakan Zizan yang spontan dan sangat bersahaja.
 
Bagi Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim turut menjelaskan bahawa Cicakman 3 masih relevan untuk diterbitkan dan filem ini bakal dikembangkan mengikut sekuel dan kesesuaiannya nanti. Tambahnya lagi, aspek pemilihan pelakon tidak menjadi satu perkara yang besar kerana di barat turut mengemukakan muka-muka hero yang baru selepas beberapa musim dan tahun.
 
Diantara pelakon yang bakal menghiasi Cicakman 3 ialah Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairus yang akan mengemudi tonggak utama bagi filem berkenaan. Selain itu, pada kali ini KRU Studios Sdn Bhd bakal bekerjasama dengan tiga studio penerbitan filem gergasi tanahair iaitu KRU Studios, Grand Brialiance dan Astro Shaw Sdn Bhd untuk menghasilkan sesuatu yang belum pernah diadakan sebelum ini. Diharapkan dengan kerjasama ini bakal memecahkan kutipan jualan filem Cicakman sebelum ini dan sebaris dengan filem blokbuster yang lain.

Monday, July 15, 2013

Zizan Razak Buru KL Zombi!

Credits: http://www.ohbulan.com/

Sempena kemunculan filem terbaru lakonan mantap Zizan Razak berjudul KL Zombi yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, pihak produksi Grand Brilliance dengan bangganya telah melancarkan muzik video KL Zombi 2013! menerusi laman YouTube mereka semalam.
Filem KL Zombi ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel berjudul Zombijaya, hasil karya asal penulis terkenal, Adib Zaini.
Secara umumnya, filem berkenaan menceritakan tentang penyebaran sebuah virus yang dikenali sebagai virus zombi, di mana ia bermula daripada gigitan seekor anjing yang bervirus dan akhirnya merebak keseluruh Malaysia.
Menerusi filem ini, pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak telah memegang watak sebagai Nipis, di mana dia merupakan seorang kaki teori konspirasi yang telah mencadangkan agar penduduk Malaysia berpindah ke Putrajaya. Ini kerana, Nipis percaya kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear yang difahamkan mampu melindungi penduduk Malaysia daripada terkena wabak zombi tersebut.
Izara Aishah turut melakonkan watak sebagai Zombi

Sedutan lakonan Zizan menerusi filem KL Zombi


Adakah dengan berbuat demikian, Nipis dapat menyelamatkan seluruh penduduk Malaysia daripada serangan Zombi? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini dipawagam berhampiran anda bermula Ogos depan.
Untuk makluman, filem tersebut turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.
Sebelum menyaksikan filem KL Zombi dipawagam, apa kata anda layan dulu muzik video KL Zombi 2013 selepas ini. Enjoice!


my insta.. :P

Saturday, July 13, 2013

[VIDEO] SALAM RAMADHAN DARIPADA WIREFAME ENTERTAINMENT

Salam ramadhan dari Wirefame Entertainment!

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=1d4GQMPRtgU

tgk tau3!

Undi Zizan at Shout Awards !

Jom undi Zizan di sini ! http://www.shoutawards.com.my/nomination/

Zizan Versi Atas Kertas ~

Assalamualaikum. Cantik la tengok gambar ni. Gambar ni Actiqah Amyra yang buat. Pandai dia lukis kan? #ohsem

Majlis Berbuka Puasa Bersama Zizan Razak

Assalamualaikum.Lupa nak cakap selamat menyambu bulan ramadhan. ok, ZTF ada buat event untuk berbuka puasa dengan Zizan. Ely tak dapat pegi sebab ada sebab2 yang tertentu. Have a nice day, ZTF!

Zizan Duta Sony Malaysia

Anyeong! dah lama tak menaip blog .. biasa la busy dengan homework. Ok, straight to the point, tadi Zizan ada di studio Sony Malaysia di KLCC. Ely tak pegi sana tapi dapat tahu dari fb je. Murahnya rezeki bro kitani kan.. Jom layan gambar2 Zizan di sana!

makin hansem sejak wat rambut baru.... huhux

Sunday, July 7, 2013

Global Smurf Day At Paris !

Anyeonghaseyo! Ely nk share2 story la skit. Ely ade nampak gambar2 zizan dekat Paris semperna #GlobalSmurfDay dekat Paris. Macam best je. Bukan Zizan je yang pegi. Ader sis Maryna, Ghaz & lain2. Jom kite layan gambar2 yang sememang nyer ohsemm giler!


 

 

Cantiknya ~~

Anyeong! cantik x? hehehhh but not my made. Pic ni Nana Dyanna yang buat. Dia pakai phone je. Tapi gambar nie memang osem sangat!

KRS NO.1 !

Assalamualaikum. Alhamdulillah, semalam ada Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2013. Rasa berdebar jugak la seblom nak buat. Ada ramai jugak la yang buat slah termasuk saya. Tapi lepas dah habis je, nak kate puas tu x la puas sangat sebab banyak salah masa buat formasi dengan kawad kaki asas.
  After that, kena tunggu pengumuman sape menang. Lepas tu, kiteorang menang no.1 untuk NGO. yang GO punyer Bomba yang menang. Dapat jugak tebus balik kekalahan tahun lepas.
   Gambarnya ader di bwah!

#Alhamdulillah

Thursday, July 4, 2013

Wire Fame Entertainment

Assalamualaikum. Jom kita tengok Zizan punya company ni! nak tahu lebih lanjut info2 Zizan di Paris? jom lawati website www.wirefame.com.my/ tq!

Running Man akan ke Malaysia September ini! :D

Credits: Faqihah Husni's Blog

Bagi peminat setia rancangan realiti Korea, Running Man, korang mesti teruja bila dapat tahu team Running Man akan melakukan pengambaran di Malaysia September ini kan? At least terubat kekecewaan rumors sebelum ni di mana pada mulanya Malaysia termasuk dalam siri jelajah Running Man Asia, tetapi akhirnya mereka memilih Taiwan dan juga Macau.
Tapi, apa yang pasti, berita terbaru, Running Man akan melakukan pengambaran di Malaysia... pasti ramai peminat Lee Kwang Soo, Kim Jong Kok, Haha, Jae Suk, dan Kang Gary akan memenuhi tempat di mana akan dilakukan pengambaran. Tetapi, pasti ada yang kecewa sebab satu-satunya wanita di dalam Running Man, Ji Hyo tak dapat datang ke Malaysia... or maybe ini adalah kejutan seperti yang berlaku ketika episod di China di mana Ji Hyo tiba-tiba muncul selepas tidak dapat datang pada mulanya? Ah...dorang ni kuat berdrama jugak....dah nama pun reality show kan :P

 Pada mulanya,Ramai ckp yang Running Man ni memang best sesangat. Sebelum tu, saya x tahu apa sebenarnya running man sebab saya belum ada astro B yond so, bile saya bukak je Astro ONE HD channel 393, baru la saya tau ni sbenarnya reality show yang memang best giler la. X tahan gelak dibuatnya. Sejak itulah saya mula menyukai lee kwang soo & jong kook. Dan Sejak itulah jugak saya mengenali Monday Couple iaitu Kang Gary & Song Ji Hyo. Diorang ni memang sepadan sangat. sweet ~ Daebak !!

So, di mana lokasi spesifik pilihan Running Man di Malaysia? Sekitar Kuala Lumpur? KLCC? Petaling Street? or maybe mereka ke Geopark Langkawi? Or dorang akan ke Sabah or Sarawak yang kaya dengan tradisi pribumi? Ianya masih menjadi rahsia lagi. 
Bagi yang tak tahu nak tengok Running Man secara online kat mana, korang boleh tengok kat kshownow .. tengok kat sini best sebab dah siap subtitle. Setiap hari Selasa, dorang akan update episod terbaru Running Man. Aku tak tengok online. Aku download terus je. Korang bukak link yang Daily Motion punya, lepas tu, copy link tu dan paste kat keepvid.com . As simple as that.  :)

 comel giler laa running man ni kann.. xD

Zizan's Twitter Family

Ini adalah fanclub rasmi Zizan iaitu Zizans Twitter Family atau ZTF. Sumer Sporting2 belake. Rase seronok bile masuk fanclub ni. Dari sini lah saya dapat berita2 terkini tentang Zizan! Ini link die ZIZAN'S TWITTER FAMILY

Infiniti Cinta By Zizan & Kaka

Jom kita dengar lagu baru dari Zizan dan Kaka Infiniti Cinta ! Layaaaannn ~~

Wednesday, July 3, 2013

Undi Zizan Razak Di Anugerah Melodi

Credits: ZIZAN'S TWITTER FAMILY


New Mission For ZTF, anda diminta mengundi sekiranya anda benar-benar peminat setia Zizan Razak! :) http://www.tv3.com.my/anugerahmelodi
(ARTIS DINAMIK & ARTIS LELAKI PILIHAN)

About Me

Assalamualaikum. Ini adalah blog saya yang ke-4 setelah blog saya di "block". Maybe, orang tu anti zizan atau orang yang jelous ker saya tak tau la. Tapi saya takkan putus asa mahu menaip blog! terima kasih!