My Stalker.. Haha

Wednesday, October 22, 2014

FREEDOM

 

Anyeonghaseyo! Allahuakbar, dah lama Ely tak jenguk2 blog ni sebab busy dengan exam PT3 this year. Alhamdulillah, dapat jawab. Ade senang, ade yang susah. Kadang2 tu ada lah jugak main tembak je jawab hehehh. Lepas je habis PT3, memang layan youtube sampai lebam la jawabnye. Hope, dapat result yang baik. Amin. #WishMeLuck

Maybe, Ely nak create 1 more novel sebab terpengaruh tengok drama korea lepastu ada la jugak sikit idea nak buat novel baru but belum decide nak buat bila. Nanti Ely post, Insyaa Allah.

Alang2 dah tengah menaip ni, Ely nak promote 2 korean song. Boyfriend - Witch & Winner - Don't Flirt (LIVE) sebab lagu ni memang daebak. Selalu jugaklah Ely dengar lagu ni sebab best sangat. Kalau nak tau macam mana bestnya lagu ni, korang klik je kt song tittle tu.

Itu saja yg dapat Ely share. Ada masa kita jumpa lagi. Assalamualaikum^^


Best regards,

Ikut Jejak Langkah Kris, Luhan Bakal Tinggalkan Exo?

 
 Credits: Astro Gempak

Sekali lagi peminat K-pop dikejutkan dengan berita salah seorang ahli kumpulan yang kini sedang meningkat popularitinya, EXO iaitu Luhan dilaporkan telah memfailkan saman tuntutan pembatalan kontrak bersama syarikat pegurusannya SM Entertainment (SME).

Menurut laporan media China Sina, Luhan telah memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Central Seoul pagi Jumaat, 10 Oktober 2014.

Malah TVDaily juga mengeluarkan satu salinan permohonan seperti yang dikatakan di mana nama ‘Lu Han’ jelas kelihatan.

Jenis tuntutan mahkamah yang telah difailkan oleh penyanyi yang berasal dari China itu adalah menyerupai kes Kris yang juga merupakan bekas anggotan kumpulan berkenaan.

Laporan turut mengatakan bahawa firma guaman yang mengendalikan kes Luhan merupakan firma yang sama mengendalikan kes Kris dahulu.

Berikutan daripada kes mengejut itu, beberapa jam kemudian pihak SME telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa pihak mereka terkejut dengan tuntutan mahkamah yang difailkan secara mengejut oleh penyanyi berusia 24 tahun itu.

Bagaimanapun, melihat kepada tuntukan mahkamah berlaku dalam corak yang sama dengan menggunakan peguam yang sama, SME percaya mungkin ada pihak ketiga yang terlibat atau menggunakan kuasa dan pengaruh mereka ke atas ahli-ahli kumpulan tersebut untuk memujuk mereka meninggalkan kumpulan itu.

 Sebelum in perkara yang sama pernah terjadi kepada Kris yang merupakan ahli kumpulan EXO dan merupakan ketua kumpulan kepada sub-unit EXO iaitu EXO – M.

Sehingga kini, para peminat EXO masih lagi menantikan berita terkini mengenai status Luhan sama ada benar Luhan akan meninggalkan kumpulan EXO atau tidak.

Ely: Luhan oppa, Anyeong! Take Care. #AlwaysSupportLuhan


We love u too. =( =')

Best regards,

Jep Akui Rapat Dengan Wanita Bernama Nazeera

 
Credits: Astro Gempak 


“Sebenarnya saya tak tahu nak cakap macam mana…Tetapi buat masa sekarang, dia wanita paling rapat dalam hidup saya.

“Kami sudah kenal sejak enam tahun lepas…Tetapi selepas empat tahun berkawan, kami bawa haluan masing-masing selama dua tahun.

“Tetapi awal tahun lalu kami bertemu kembali dan selepas beberapa kali keluar makan bersama, kami kembali akrab,” jelas Jep (Sepahtu) mengenai sekeping foto dia bersama seorang wanita dikenali sebagai Nazeera Sardi yang dimuat naik (repost) di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan.

“Cukup jika saya katakana, dia kawan lama saya…Saya pernah bawa dia pulang ke kampung untuk bertemu keluarga saya.

“Saya juga kenal keluarga dia. Tapi ini cerita enam tahun sudah la,” katanya yang ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Hotel Le pada Selasa.

Tambah Jep lagi dia tidak berniat untuk merahsiakan tentang status hubungannya dengan gadis tersebut daripada peminat.

“Tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram.

“Untuk bercerita lanjut tentang hubungan saya dengan dia, saya rasa tak perlu kerana perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu,” katanya.

Apabila ditanya adakah tujuannya memuat naik foto terbabit kerana mahu menutup gosip yang mendakwa dia sudah bertunang, Jep menafikan.

“Saya letak gambar tu sebab nak buktikan saya bukan gay,” katanya ketawa.

Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Ely: uuuu ~~~ dh mule bau nasi minyak dah. heheh #justkidding
 
Best regards,

Tauke, Yus Tunggu Zizan 2 Bulan Sebelum Bergabung Jadi ‘Virus’

 
Credits: Astro Gempak 

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal menyuntik kelainan kepada para peminatnya tahun ini.

Antaranya, MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu berpadu tenaga dengan Zizan yang merupakan ahli kumpulan Jozan, untuk membentuk satu pasukan dengan nama ‘Virus’.

Tauke ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 di Hotel Le Meridien pada Selasa memberitahu nama ‘Virus’ telah dipilih oleh mereka bertiga.

“Kami memilih nama ‘Virus’ kerana tidak mahu nampak slapstik. Kalau boleh nama biarlah persembahan kami garang segarang nama yang kami pilih.

“Pada awalnya kami mahu letak nama ‘JambuZ’ kerana gabungan Jambu dan Zizan tetapi selepas difikirkan semula mengapa tidak kami wujudkan satu kumpulan baru yang lebih ‘fresh’,” katanya.

Tauke atau Zamatul Amri berkata, ‘Virus’ akan cuba memberikan persembahan yang terbaik dengan idea lebih segar kali ini.

“Rasanya ramai menyedari lawak kumpulan ‘Jambu’ dengan ‘Jozan’ berbeza, jadi kami telah berbincang untuk mencipta satu kelainan dengan mengabungkan kedua-duanya.

“Keserasian di antara kami pula memang sudah lama wujud kerana kami dah lama kenal dan agak rapat,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai pemilihan Zizan kerana mahu menumpang populariti pelawak itu, Tauke tidak menafikan.

“Sebenarnya sejak dari dulu lagi Jambu menumpang populariti pelawak-pelawak lain. Dulu masa mula-mula menyertai pertandingan ini orang tak kenal pun Jambu.

“Tetapi disebabkan penonton mahu menonton pelawak-pelawak popular seperti  Jozan, Nabil, Boboy dalam program ini secara tak langsung orang kenal Jambu. Kerana merekalah orang kenal Jambu,” katanya.

Tambah Tauke, dia dan Yus gembira kerana Zizan menerima pelawaan mereka untuk menyertai MLM 2014.

“Dua bulan juga menanti jawapan dari Zizan. Kami gembira kerana Zizan terima tawaran kami. Kami rindukan kehadiran Zizan dalam MLM, sebab itu kami ambil keputusan untuk melamar Zizan,” katanya mengakhiri perbualan.

Ely: Not bad ~ still support Zizan. But, miss JOZAN. =(

Best regards,

Tuesday, August 19, 2014

Persembahan Hebat & Bertenaga, CNBLUE Tawan Hati Ribuan Peminat

 
 Credits: Astro Gempak

Foto Kredit: IME Production

Kehebatan band rock dari Korea Selatan, CNBLUE ketika mereka tampil dalam konsert ‘2014 CNBLUE Live Can’t Stop’ di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu memang tidak dapat dinafikan lagi.

Ternyata, konsert yang dianjurkan oleh IME Production ini berjaya mengubat kerinduan Boice Malaysia (gelaran peminat) terhadap idola kesayangan mereka yang dianggotai oleh empat anak muda berbakat iaitu Jung Yong Hwa ( penyanyi utama, gitar), Lee Jong Hyun (Gitar Utama, Penyanyi), Kang Min Hyuk (Drum) dan Lee Jung Shin (bass).

Tepat jam 7.45 malam, lampu dimalapkan dan empat figura popular ini muncul dengan gaya santai telah membuatkan sorakan peminat memenuhi ruangan stadium tersebut.

Tanpa berlengah, tirai konsert dibuka dengan lagu ‘Time is Over’, dan ‘Intuition’.  Kemudian peminat dihidangkan pula dengan alunan suara merdu penyanyi kedua CNBLUE iaitu Lee Jong Hyun yang menyampaikan lagu berjudul ‘These Days.’

Sebaik sahaja selesai mendendangkan tiga buah lagu tersebut, empat orang anak muda ini mula memperkenalkan diri masing-masing.  Apa yang menarik perhatian ialah mereka mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik walaupun sedikit pelat dengan cara bersahaja.

“Apa khabar saya Jung Shin, rindu kami? Kami pun rindu kamu,” dan “Apa khabar, saya Jong Hyun, selamat datang ke konsert kami, jom kita bergembira,” itulah antara baris ayat yang dituturkan oleh ahli CNBLUE yang mendapat sorakan peminat.

 Aksi Yong Hwa dan Jong Hyun ketika mendendangkan lagu

 Sejurus selepas itu, suasana bertambah gamat apabila Yong Hwa mempamerkan kebolehannya membuat ‘beatbox’ dengan gaya tersendiri sebelum meneruskan persembahan dengan lagu ‘My Miracle’, ‘Blind Love’ dan ‘Cold Love’.

Walaupun masing-masing sibuk dengan lakonan dan jadual yang padat, namun itu tidak dapat menghalang empat anak muda ini memberikan persembahan yang hebat! Tenaga yang disalurkan oleh keempat-empat mereka amat menakjubkan dan tiada tandingan.

Keupayaan dan kemantapan vokal nyanyian mereka secara live memang benar-benar menakjubkan dan ini terbukti bahawa band rock dari Korea Selatan ini bukankah hanya sekadar memiliki rupa yang kacak.

“Mari menyanyi bersama-sama.” kata Jung Shin dengan penuh bersemangat sebelum beralih kepada lagu seterusnya.

 Min Hyuk dan Jung Shin petah berbahasa Melayu, tawan hati peminat.
  
Tidak perlu sibuk untuk bertukar-tukar baju, persembahan CNBLUE diteruskan lagi dengan lagu rancak iaitu ‘Robot’, ‘In My Head’, ‘Greedy Man’, ‘Love is’, ‘I am A Loner’, ‘Coffee Shop’, I’m Sorry’, dan ‘Try’  yang membuatkan peminat turut sama menyanyi dan menari.

Dengan hanya menyarungkan t-shirt berleher V sudah cukup membuatkan peminat mereka menjerit. Sesekali kelihatan mereka mengusik peminat dengan membuat aksi mengoda, seksi dan comel.

Konsert semakin memuncak apabila CNBLUE mendendangkan lagu terbaru mereka, ‘Can’t Stop’ sebelum membuat persembahan encore.

Memilih lagu ‘Wake Up’, ‘Love Girl’, ‘Talk’ dan ‘Love Light’ sebagai lagu terakhir, empat pemuda kacak ini memanfaat masa yang ada dengan menyanyi dan berhibur dengan peminat tersayang.

 Aksi Jung Shin ketika meminta peminat untuk mengambil gambar kenangan bersama CNBLUE. (kredit foto: Nabila Razali)

 Sebelum beredar meninggalkan pentas, CNBLUE turut mengajak peminat untuk mengambil gambar bersama sebagai kenangan yang sudah pasti menjadi memori indah buat Boice Malaysia yang hadir pada malam tersebut.

Sebelum ini, CNBLUE telah hadir ke Kuala Lumpur sempena konsert jelajah mereka iaitu ‘ Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour in Malaysia' di lokasi yang sama pada tahun lalu.

Ely: Aigoo ~~ bahagianya diorang bila dapat jumpa CNBLUE! Ely minat siapa? Ely minat kesemuanya especially, Min Hyuk & Yong Hwa but sekarang Ely mula minat Jung Shin sebab dia handsome & Cool! Kalaulah Ely berada di tempat peminat bertuah tu ~~

 
Best regards,

Zizan Razak & Jihan Musa Kendali AF2014

 

 
Credits: Astro Gempak 

 Mungkin ramai yang sudah melihat iklan di kaca televisyen atau video promo Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang mendedahkan dua pengacaranya musim ini.

Sejak video promo AF2014 dimuat naik di YouTube pada Sabtu lepas,  ia terus menjadi ramai bualan banyak pihak.

Rata-rata komen yang diberikan ialah, mereka sangat mengharapkan AF2014 akan mengembalikan kegemilangan program realiti itu seperti pada awal kemunculannya.

Untuk merealisasikan permintaan para peminat dan penonton Astro, AF2014 akan mengekalkan format asal seperti pada awal kemunculannya di tahun 2003.

Cuma kelainannya, Diari AF 2014 akan dikendalikan pelawak Jihan Muse dan Zizan Razak akan mengacara pada malam konsert pada setiap minggu.

Jika AF 2014 dikembalikan seperti format asal yang digunakan 10 tahun lalu, pastinya akan lebih banyak air mata, emosi dan drama.

Mampukah dua pelawak ini menerajui AF 2014 jika ia sarat emosi dan drama?

Adakah Jihan dan Zizan dapat mengembalikan keterujaan penonton untuk menonton?

Nantikan kemunculan AF 2014 tidak lama lagi! 


Best regards,

Friday, July 25, 2014

Preparation for Raya this Year!

 
Assalamualaikum.Bulan ramadhan hampir mahu melabuhkan tirainya dan bulan syawal sudah hampir tiba. Memandangkan raya pun dah nak dekat, so, pasti sibuk dengan persiapan untuk hari raya. Ely raya mana? Ely raya dekat selangor jer. Dekat Klang. 
     Baju raya korang warna apa? Ely warna merah maroon. Nak tengok? ada kat bawah ni..



 Selain baju, Ely dah beli kasut raya dengan pelita.
Kalau korang nak tahu gambar yang terkini atau baru update, boleh tengok dekat instagram ely @ely869liyana sebab Ely memang aktif dekat situ. Bye!

Best regards,

#PrayForMH17

 
Semoga roh-roh penumpang dan anak kapal warganegara Malaysia terutama pada yang beragama Islam dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang beriman. Untuk keluarga mangsa, bersabarlah kerana pasti ada hikmah disebalik tragedi ini. #AlFatihah #PrayForMH17 #BeStrongMalaysia #DontForgetToPrayForMH370

 
Best regards,

Saturday, June 7, 2014

[Recap] ABPBH 2013

 
Hai! Tadi ada la juga jenguk-jenguk dekat laman web abpbh http://www.abpbh.com.my/ lagi2 galeri. Ely pun klik la dekat galeri lepas tu ada la pulak gambar-gambar Zizan dengan Emma and tak lupa pada Jep. Berlambak jugak gambar Zizan dengan Emma tapi gambar Jep ada 1 je. Gwenchana ~
Jom layan gambar-gambar sweet couple kita ni and gambar Jep! gambar selain daripada diorang pun ada. So, korang tengok je la!

Haha comel je kak Emma!


Sweet Couple at red carpet! So kojers! #BahasaRojak hehehhh

wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi ~ haha #ShahrolShiro

Tahniah Jep! 

Ajak Shiro and Amy Mastura! 

Sempat lagi Shahrol selfie dengan Aaron dekat atas stage.. Haha!

sumber: http://www.abpbh.com.my/

Best regards,

Tuesday, June 3, 2014

EXO-K_중독(Overdose)_Music Video

 


 
Siapa belum tengok music video <Overdose> dari Exo? Meh sini Ely share dekat sini. Sambil2 tu boleh nyanyi sekali. Lirik ada dekat bawah. Have fun! Anyeong!

 
(Come in)
Modeungeol geolgo neol deurikin nan
Ije dorikilsudo eopda
Igeon bunmyeong wiheomhan jungdok
So bad no one can stop her
Her love her loveojik geugeotman bara
Geunyeoui sarang hanappuningeol
Chimyeongjeogin fantasy hwangholhan geu ane chwihae
Oh she wants me~ oh she’s got me, oh she hurts me
Joha deouk galmanghago isseo
Someone call the doctor nal butjapgo malhaejwo
Sarangeun gyeolguk jungdok overdose
Sigani jinalsurok tongjedo himdeureojyeo
Jeomjeom gipsugi ppajyeoganda
Oh too much neoya your love igeon overdose
Too much neoya your love igeon overdose
Neoui geu geu sumgillo ono
Boineun neol galguhae jom deo
Gappajin sumeuro jilsikdoen hue
Jeonyul geurigo hansum
Her love her love dokhangeot gata naegen
Heeonalsu eomneun ne sumi
Pineun tteugeowojiji machi modu jibaehae
Oh she wants me~ oh she’s got me, oh she hurts me~
Gyesok neoman geurigo geurinda
Someone call the doctor nal butjapgo malhaejwo
Sarangeun gyeolguk jungdok overdose
Sigani jinalsurok tongjedo himdeureojyeo
Jeomjeom gipsugi ppajyeoganda
Oh too much neoya your love igeon overdose
Too much neoya your love igeon overdose
Modu da naege mureowa naega byeonhangeot gatae
Simjange niga bakhyeobeorindeut
Sesangi ontong neoinde
Meomchulsu eobseo imi gadeukhan neol
Jigeum i sungan you in my heart
E X O
Rap)
Nan neoreul matgo tto neoreul masinda
Nae simjangi tteollyeowa gyesok deurikyeodo ajik mojara yeah
Sonkkeutkkaji jeonyulsikin galjeung isunganeul jaba
Jiljureul meomchuji ma neomu joha can’’t stop it
Hei dakteo~ jigeum idaero gajinanha
Juchehalsu eomneun ikkeullime neowa naega hana
I neukkim eobsineun jugeungeona machangajingeol
Naega saneun iyu neoraneun dalkomhame jungdok
(Someone call the doctor)
Someone call the doctor nan geunyeoreul pillyohae
Haeron botdan motdulsu eobseo (Beotiji motei)
Motaebeoseonaji motaneun jungdokgateungeol
Oh too much neoya your love igeon overdose
                                                 Too much neoya your love igeon overdose

Korean: CJMCH
Rom: kpoplyrics.net

Trans: CJMCH

Best Regards,

Ely Liyana
 tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com

Sunday, June 1, 2014

Gambar2 Bersama Zizan & Emma #movienightout #AbangLongFadil

 
Hello! Ely ada pernah janji ngan korang kan pasal Ely akan upload gambar2 masa Ely pergi jumpa Zizan & Emma dekat Mid Valley kan? Siapa yang tak tau boleh klik di sini !
Hari ini, saat ini dan masa ini Ely akan upload gambar2 itu sekarang! 

Uiihhh banyaknyaa tiket! repost from abg zizangg!!

Dia dah sampaii! Haha Abang Zizan kena prank! lepas tengok Zizan tu, my sis pelawa makan tapi ely dah kenyang. Kenyang apa? kenyang tengok zizan arrr! haha xD

Akhirnya, dapat juga selfie dengan my beloved brother ni.. luv u!

Ely, Abang Zizan, Kak Emma n my sis! Zizan & Emma sangat sporting!

Honestly, citer die mmg best gilerr... spe blom tengok lgi, cpat2 gi tengok! Kalo x tgk, rugi giler! #tukangpromo #abanglongfadil #TabikHormat @zizanrazak869 @kamaladli @taukejambu @aarondwiaziz

ini sahaja yang dapat Ely share. Have fun!

Best regards,