My Stalker.. Haha

Wednesday, October 22, 2014

FREEDOM

 

Anyeonghaseyo! Allahuakbar, dah lama Ely tak jenguk2 blog ni sebab busy dengan exam PT3 this year. Alhamdulillah, dapat jawab. Ade senang, ade yang susah. Kadang2 tu ada lah jugak main tembak je jawab hehehh. Lepas je habis PT3, memang layan youtube sampai lebam la jawabnye. Hope, dapat result yang baik. Amin. #WishMeLuck

Maybe, Ely nak create 1 more novel sebab terpengaruh tengok drama korea lepastu ada la jugak sikit idea nak buat novel baru but belum decide nak buat bila. Nanti Ely post, Insyaa Allah.

Alang2 dah tengah menaip ni, Ely nak promote 2 korean song. Boyfriend - Witch & Winner - Don't Flirt (LIVE) sebab lagu ni memang daebak. Selalu jugaklah Ely dengar lagu ni sebab best sangat. Kalau nak tau macam mana bestnya lagu ni, korang klik je kt song tittle tu.

Itu saja yg dapat Ely share. Ada masa kita jumpa lagi. Assalamualaikum^^


Best regards,

Ikut Jejak Langkah Kris, Luhan Bakal Tinggalkan Exo?

 
 Credits: Astro Gempak

Sekali lagi peminat K-pop dikejutkan dengan berita salah seorang ahli kumpulan yang kini sedang meningkat popularitinya, EXO iaitu Luhan dilaporkan telah memfailkan saman tuntutan pembatalan kontrak bersama syarikat pegurusannya SM Entertainment (SME).

Menurut laporan media China Sina, Luhan telah memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Central Seoul pagi Jumaat, 10 Oktober 2014.

Malah TVDaily juga mengeluarkan satu salinan permohonan seperti yang dikatakan di mana nama ‘Lu Han’ jelas kelihatan.

Jenis tuntutan mahkamah yang telah difailkan oleh penyanyi yang berasal dari China itu adalah menyerupai kes Kris yang juga merupakan bekas anggotan kumpulan berkenaan.

Laporan turut mengatakan bahawa firma guaman yang mengendalikan kes Luhan merupakan firma yang sama mengendalikan kes Kris dahulu.

Berikutan daripada kes mengejut itu, beberapa jam kemudian pihak SME telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa pihak mereka terkejut dengan tuntutan mahkamah yang difailkan secara mengejut oleh penyanyi berusia 24 tahun itu.

Bagaimanapun, melihat kepada tuntukan mahkamah berlaku dalam corak yang sama dengan menggunakan peguam yang sama, SME percaya mungkin ada pihak ketiga yang terlibat atau menggunakan kuasa dan pengaruh mereka ke atas ahli-ahli kumpulan tersebut untuk memujuk mereka meninggalkan kumpulan itu.

 Sebelum in perkara yang sama pernah terjadi kepada Kris yang merupakan ahli kumpulan EXO dan merupakan ketua kumpulan kepada sub-unit EXO iaitu EXO – M.

Sehingga kini, para peminat EXO masih lagi menantikan berita terkini mengenai status Luhan sama ada benar Luhan akan meninggalkan kumpulan EXO atau tidak.

Ely: Luhan oppa, Anyeong! Take Care. #AlwaysSupportLuhan


We love u too. =( =')

Best regards,

Jep Akui Rapat Dengan Wanita Bernama Nazeera

 
Credits: Astro Gempak 


“Sebenarnya saya tak tahu nak cakap macam mana…Tetapi buat masa sekarang, dia wanita paling rapat dalam hidup saya.

“Kami sudah kenal sejak enam tahun lepas…Tetapi selepas empat tahun berkawan, kami bawa haluan masing-masing selama dua tahun.

“Tetapi awal tahun lalu kami bertemu kembali dan selepas beberapa kali keluar makan bersama, kami kembali akrab,” jelas Jep (Sepahtu) mengenai sekeping foto dia bersama seorang wanita dikenali sebagai Nazeera Sardi yang dimuat naik (repost) di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan.

“Cukup jika saya katakana, dia kawan lama saya…Saya pernah bawa dia pulang ke kampung untuk bertemu keluarga saya.

“Saya juga kenal keluarga dia. Tapi ini cerita enam tahun sudah la,” katanya yang ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Hotel Le pada Selasa.

Tambah Jep lagi dia tidak berniat untuk merahsiakan tentang status hubungannya dengan gadis tersebut daripada peminat.

“Tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram.

“Untuk bercerita lanjut tentang hubungan saya dengan dia, saya rasa tak perlu kerana perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu,” katanya.

Apabila ditanya adakah tujuannya memuat naik foto terbabit kerana mahu menutup gosip yang mendakwa dia sudah bertunang, Jep menafikan.

“Saya letak gambar tu sebab nak buktikan saya bukan gay,” katanya ketawa.

Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Ely: uuuu ~~~ dh mule bau nasi minyak dah. heheh #justkidding
 
Best regards,

Tauke, Yus Tunggu Zizan 2 Bulan Sebelum Bergabung Jadi ‘Virus’

 
Credits: Astro Gempak 

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal menyuntik kelainan kepada para peminatnya tahun ini.

Antaranya, MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu berpadu tenaga dengan Zizan yang merupakan ahli kumpulan Jozan, untuk membentuk satu pasukan dengan nama ‘Virus’.

Tauke ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 di Hotel Le Meridien pada Selasa memberitahu nama ‘Virus’ telah dipilih oleh mereka bertiga.

“Kami memilih nama ‘Virus’ kerana tidak mahu nampak slapstik. Kalau boleh nama biarlah persembahan kami garang segarang nama yang kami pilih.

“Pada awalnya kami mahu letak nama ‘JambuZ’ kerana gabungan Jambu dan Zizan tetapi selepas difikirkan semula mengapa tidak kami wujudkan satu kumpulan baru yang lebih ‘fresh’,” katanya.

Tauke atau Zamatul Amri berkata, ‘Virus’ akan cuba memberikan persembahan yang terbaik dengan idea lebih segar kali ini.

“Rasanya ramai menyedari lawak kumpulan ‘Jambu’ dengan ‘Jozan’ berbeza, jadi kami telah berbincang untuk mencipta satu kelainan dengan mengabungkan kedua-duanya.

“Keserasian di antara kami pula memang sudah lama wujud kerana kami dah lama kenal dan agak rapat,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai pemilihan Zizan kerana mahu menumpang populariti pelawak itu, Tauke tidak menafikan.

“Sebenarnya sejak dari dulu lagi Jambu menumpang populariti pelawak-pelawak lain. Dulu masa mula-mula menyertai pertandingan ini orang tak kenal pun Jambu.

“Tetapi disebabkan penonton mahu menonton pelawak-pelawak popular seperti  Jozan, Nabil, Boboy dalam program ini secara tak langsung orang kenal Jambu. Kerana merekalah orang kenal Jambu,” katanya.

Tambah Tauke, dia dan Yus gembira kerana Zizan menerima pelawaan mereka untuk menyertai MLM 2014.

“Dua bulan juga menanti jawapan dari Zizan. Kami gembira kerana Zizan terima tawaran kami. Kami rindukan kehadiran Zizan dalam MLM, sebab itu kami ambil keputusan untuk melamar Zizan,” katanya mengakhiri perbualan.

Ely: Not bad ~ still support Zizan. But, miss JOZAN. =(

Best regards,