My Stalker.. Haha

Monday, September 30, 2013

Zizan dapat tunjuk ajar dari Pak Nil kendali AF

Credits: http://my.entertainment.yahoo.com/news/zizan-dapat-tunjuk-ajar-dari-pak-nil-kendali-023700699.html

Menjadi pengacara bagi salah sebuah program terbesar Astro, Akademi Fantasia 2013 (AF2013) bukanlah tanggungjawab yang mudah apatah lagi sebelum ini pentas tersebut pernah diduduki beberapa nama pengacara popular yang diangkat kredibilitinya selepas mengacara program tersebut.
Baru beberapa minggu mengacara AF 2013 Zizan Razak, 29, mengakui keadaan dirinya ketika mengacara masih tidak selesa tambah Zizan lagi masih banyak yang perlu dipelajari.
      
"Selepas mengacara musim pertama saya tengok balik video rakaman ketika saya mengacara memang tidak dapat sorok kegugupan saya ketika mengacara di atas pentas. Apatah lagi ini merupakan program pertama yang memaksa diri saya untuk tampil serius yang mana sebelum ini untuk membuat penonton gelak adalah lebih mudah."
Menurut Zizan lagi, Pak Nil yang pernah menjadi pengacara bagi rancangan tersebut selama 5 tahun bagi 5 musim AF berturut-turut banyak memberikan komen serta teguran membina. 

"Pak Nil merupakan seorang guru yang sangat bagus. Dia datang sendiri kepada saya dan menegur kesilapan ketika melihat saya di atas pentas. Dia miliki pengalaman lebih 20 tahun dari situ saya ambil itu sebagai sesi pembelajaran bersama."
Selain daripada menjadi pengacara bagi rancangan Akademi Fantasi 2013, Zizan Razak bakal muncul dengan filem barunya berjudul "Abang Long Fadil" yang dijangka rilis pada tahun hadapan.

ZStar

Assalamualaikum. I want to share u about a ZStar Official Product. Jom beramai- ramai untuk memeriahkan lagi suasana di Disturbia Booth.

 Dari Peminatnya..


     Ely Liyana


Sunday, September 29, 2013

Friday, September 27, 2013

‘Infiniti Cinta’ Bukti Zizan Dan Kaka Serasi

Credits: http://www.astrogempak.com.my/

Sebelum ini lagu ‘Bawaku Pergi’ yang dinyanyi kan oleh Zizan dan kakak telah mencipta fenomanya tersendiri serta mendapat sambutan yang hebat daripada para peminat. Kini, sekali lagi mereka bergandingan bersama untuk lagu terbaru berjudul ‘Infiniti Cinta’. Menurut Zizan atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abdul Razak, lagu ini adalah bukti kesungguhannya untuk memperjuangkan muzik sebagai seorang penyanyi dan lagu ini merupakan hasil ciptaannya bersama Aris.
      “Single kedua ini merupakan hasil nukilan saya bersama Aris, bagi saya, saya tidak pernah patah semangat selepas kontroversi lagu ‘Bawaku Pergi’, sebaliknya saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.” ujar pemuda berusia 29 tahun ini. Selain itu, Zizan juga akui senang bekerjasama dengan Kaka. “Kaka adalah seorang penyanyi yang berbakat besar dan sejak gandingan pertama kami lagi, saya sudah cukup selesa untuk bergandingan dengan dia.” ujar anak kelahiran Terengganu ini lagi.
        Sementara itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff pula berkata dia amat selesa bekerja bersama Zizan selain berharap single kedua mereka ini dapat diterima peminat. “Saya sememangnya gembira dapat bekerja dengan Zizan, ini tiada kena mengena pasal tumpang populariti ke ape tidak. Saya seronok dan serasi dengan dia. “Dia dah macam abang saya dan saya rasa memang banyak lagi yang saya perlu belajar dari dia mengenai industri ini.” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video single ‘Infiniti Cinta’
         Menariknya, sejak dilancarkan pada hujung bulan yang lalu, lagu tersebut tidak perlu mengambil tempoh yang lama untuk berada di puncak carta dan menjadi siulan dan pilihan ramai pendengar. Muzik video ‘Infiniti Cinta’ yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini memaparkan Kuala Lumpur seakan-akan Kota New York. Single ‘Infiniti Cinta’ merupakan kerjasama diantara Astro dan Wirefame dan lagu ini juga boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit. Jadi tunggu apa lagi, jom saksikan musik video 'Infiniti Cinta' dibawah!


Untuk maklumat lanjut sila layari www.astro.com.my atau www.wirefame.com.my.

Wednesday, September 25, 2013

Assalamualaikum.
kat bawah ni video #infinitcinta yagn telah dilancarkan tadi ~ layannn!!








Majlis Perlancaran mv #InfinitiCinta


Assalamualaikum Ualls..
Semalam kan Ely ade bagi info yang 25/9 ni mv #InfinitiCinta akan keluar kan? so.. Sekarang ni lak Ely nak bagi info tentang Majlis Perlancaran mv #InfinitiCinta bersama WireFame Entertainment dan Astro. Ely belum tengok lagi video tu tapi jap lagi Ely nak gi tengok so Ely akan buktikan gambo2nyeeee... NinDiaaaa! haha

Cukup!........
nak lagi? ok.. fine. Ely akan tunjuk lagi gambar tapi ni gambar antara scene2 dalam mv #InfinitiCinta

Sumber:
Zizan's Twitter Family Official Fanpage



IT'S DIFFICULT !

Assalamualaikum
Ely nak tanya la kat korang.Macam mana nak jaga hati orang? Majoritinya.. kengkawan Ely kekadang suka "touching" a.k.a merajuk ngan Ely. Macam mana la nak puaskan hati orang. Kita tengah sibuk jagakan hati orang tapi hati kita sendiri siapa nak jaga? Benda ni dah biasa terjadi pun dekat kalangan kita ni. Kadang2 kawan adalah kawan yang paling kita sayang tapi sebaliknya.. kaang2 kawan memang menyakitkan hati. Ada jugak mereka buat kita gembira tapi kadang2 tu mereka juga buat kita selalu sedih.

 Ely memang tak nak pujuk memujuk ni tapi kadang2 perasan la jugak bila sorang kawan kita ni bila kita tegur.. dia marah pastu bila kawan lain tegur dia.. dia ok je. Mungkin salah Ely kot yang menyebabkan dia marah atau cepat naik angin bila dengan Ely.

APA SALAH AKU?

Maybe.. siapa yang baca blog ni ada kaitan dengan korang.. tanyalah pada diri sendiri sebab apa aku buat macam ni ~

Kamsahamnida sebab sudi baca blog ni...........

Sincerenly..

         Ely Liyana

 


 

Sunday, September 22, 2013

MUZIK VIDEO INFINITI CINTA

Credits: http://www.wirefame.com.my

Kitorang ade berita gembira untuk korang semua tau..MV (Muzik Video) InfinitiCinta bakal ditontonkan dalam mase terdekat nih, excited tak korang..kitorang memang dah tak sabar lagi nak tengok MV InfinitiCinta nih..dengar cite daripada kakitangan WFE, memang ohsem sangat MV yang telah diterbitkan oleh WFE dan Astro nih. Korang bayangkan pengarah MV nih dah la Ghaz Abu Bakar, memang la teruja kitorang nak tengok MV nie sebab sebelum nie hasil karya si Ghaz Abu Bakar nie memang meletop!.

 Single terbaru Zizan Razak & Kaka Azraff sering dimainkan di corong-corong radio tempatan kita dan dah menjadi siulan korang semua dengan melodi die yang sangat catchy dan terkini. Harap-harap lagu nie berjaya menawan hati peminat-peminat Zizan Razak & Kaka Azraff, nie pulak akan dikuatkan dengan MV yang bakal ditontonkan dalam masa terdekat nie, korang semua nantikan ya! kitorang akan update dan countdown MV sampai officially ditayangkan untuk umum khususnya untuk korang semua.

 MV ini akan ditayangkan di channel YouTube astrogempak korang semua boleh la tengok nanti ya, macam kitorang cakap tadi..kitorang akan update kat korang semua mengenai update terkini mengenai MV InfinitiCinta nih.

 Kitorang nak mintak tolong skit kat korang semua..kitorang ade pelbagai avatar profile picture dan cover photo InfinitiCinta“, dari pelbagai format untuk laman sosial utama seperti Twitter, Facebook, dan Instagram yang korang semua boleh gunakan, image ini semua boleh juga dimuat turun di Flickr..korang boleh klik di sini ataupun klik di sini untuk memuat turun terus. Untuk menunjukkan sokongan korang semua terhadap single terbaru Zizan Razak & Kaka Azraff nih..kitorang harap korang dapat menukar avatar profile picture dan cover photo laman sosial korang semua. Bayangkan korang semua sama jer pakai profile picture yang kitorang sediakan..mesti meriah and cool sempena menunggu MV InfinitiCinta nie officially ditayangkan. Lagi best kalau #infiniticinta dan #mvic (muzikvideoinfiniticinta) nih dapat ditrendingkan di laman twitter, cool kan!.




Saturday, September 21, 2013

Assalamualaikum
Omaigad omaigad omaigaaaddd!! U know what yang my sis jumpa airil zafrel hari2 ualls! Dekat Dato' Harun je ualls! My sis kata dia jumpa airil dekat gerai kuih pagi2. Die kata jugak yang dia akan beli kuih ngan airil lah. Ko jangan main gila kauu! Mana tak jelous aku bila orang yang kita kenal dapt jumpa artis yang handsome *x bleh lawan ngan zizan okeyhh* dekat2 sini jer. Before that, takkan la korang tak kenal kan Airil Zafrel yang bawak karakter jadi Izaril dalam cerita "Cinta Jannah" dekat TV3 tu.

Mentang2lah artis2 ramai dekat PJ ni makin excited l aku nak jumpa diorang especially Zizan. Korang nak tau sebab apa diorang datang sini? Sebab kat PJ kan ada company MIG kat PJCC.. so, ramai la yang datang kat sini for example, zizan, shaheizy sam, along raja lawak, airil zafrel DLL. Harap2 boleh la saya dapat jumpa airil zafrel ngan zizan nanti. Korang doa2kan lah ye. Amin... piece!

Dari budak excited giler tahap gaban,
Ely Liyana

Saturday, September 14, 2013

Saksikan video terbaru di www.wirefame.com.my Persediaan @zizanrajalawak utk #KonsertPreludeAF2013 cc @marinajuki #WireFame
 
 

Wednesday, September 11, 2013

Assalamualaikum ualls..
Ni nak share2 cerita la. Tadi mase kat sekolah tadi, ely n kengkawan macam tak belajar harini sebab semua cikgu tak datang. Ape lagi, main ar. Haha.. Selalunya kan kita amik kertas buku tulis math tu pastu main sos ker, kek ker tapi disebabkan kiteorang terlampau kreatif lah sangat kan, kiteorang main LOL. But, not my idea lah. My member's idea okeyhh.  Saper yang main lama sangat, kena cakap " jangan makan telur banyak sangat la.. orang dah goreng ko bedal jer sumer. Share2 ar.." haha. Macam umpama orang dah goreng telur tu jangan tamak la kan.. camtu la. Pastu bila dah give up tu, main bende lain lak. Banyak beno ler game die for example:

1. Telur pcah *gune tangan
2. Enjit2 semut
3. main Nombor2
4. Main haiwan2
5. main ABC2
6. Cecupak

   Memang best gila mase tu. Mentang2 la cikgu tak ada kat dlm kelas sempat lagi main bende alah sumer nie. Haha. Pastu ada kawan saya yg "hyper" name die Jannah. Mcam2 die tiru mcm jadi Tok Hadi ( tanah kubur), Johan versi Ah Chai macam2 lah. Dah tak ingat sangat. Haha!. Harini hari paling best skali.. Kt bawah ni hasil permainan LOL! piece!

Just For U...
- Fatihah
- Wana
- Jannah
- Laila


                                                                                                                                From: Budak Blurr,
                                                                                                                                          Ely Liyana


Sunday, September 8, 2013

Good Luck Jozan!

Johan-- Memang dia gandingan paling serasi dengan Zizan.

Zizan--Memang dia gandingan paling ideal untuk Johan.

Jozan-- Terlengkap oleh adanya adanya kelemahan dan kelebihan Johan dan Zizan. Mereka sempurna dalam dunia yang mereka cipta.

All the best Johan dalam perjuangan Super Spontan. Moga idea anda akan terus ada untuk memeriahkan keadaan.

All the best Zizan dalam pengacaraan AF musim baru. Semoga dengan adanya kamu, rancangan tu jadi lebih baik dari dulu.

Jozan all the way. Selamat menghabiskan saki baki hujung minggu

My Feveret KPOP Song !

Anyeonghaseyo! Ely nak share2 lah dengan korang ni pasal lagu KPOP ni. Ely tak adelah terlalu fanatik sangat dengan KPOP ni. Tapi Ely paling fanatik gile dengan Zizan & Running Man especially Kwang Soo lah. Kat bawah ni antara lagu yang Ely suka lah. Layan ~

EXO - Growl

AOA - MOYA


Hollywood - Koyote Ft. Jung Joon Ha

Have Fun! =P

Tak Salah Saya Melawak di AF2013 - Zizan Razak

Credits: http://buahmulut.com/

Teka teki tentang siapa yang bakal mengisi kekosongan sebagai pengacara AF2013 akhirnya terjawab apabila Zizan Razak secara rasminya diumumkan sebagai pengacara AF2013 yang baru. Ini sekaligus menepati spekulasi awal ramai pihak.
Zizan yang kami temui sebaik sahaja selesai konsert Prelude AF 2013 di Padang MPK 4, kuantan nyata teruja dengan tanggunjawab besar yang diberikan kepada dirinya dan sukar baginya untuk menolak tawaran yang telah diberikan oleh pihak Astro.
“Walaupun dulu saya pernah pergi audition AF masa musim ke 4 dan hanya lepas peringkat ke 2, tapi sekarang syukur saya diberi satu tanggunjawab besar menjadi pengacara AF 2103 dan meneruskan legasi Dato Aznil & juga Dato Ac.”
Dalam pada ramai yang memuji konsep pengacaraan santai & lawak yang dibawakan Zizan ada juga penonton yang kurang gemar dengan situasi tersebut, Jelas mereka ini bukannya program Raja Lawak dan ianya memberi gambaran yang kurang enak tentang AF pada kali ini.



“Bagi saya tidak salah kalau hendak melawak di pentas AF2013, tapi biarlah kena pada cara dan keadaannya, Ada waktu saya serius dan adakalanya saya akan melawak. Lagipun sebagai pengacara AF2013 saya kena sedar tentang Koordinat saya sebagai pengacara”
“Lagipun pihak Astro sendiri tidak ada meletakkan garis panduan yang perlu saya ikut pada malam ini sebagai pengacara, mereka memberi saya kebebasan. Dari respon yang saya baca di media sosial Alhamdullilah ramai memberi komen yang positif untuk konsert minggu ini.”
Jelas Zizan juga menjadi pengacara AF2013 amat berlainan dengan program yang lain kerana untuk AF2013 dia perlu memainkan peranan emosi yang pelbagai bagi memberi impak yang lebih kepada penonton.

Friday, September 6, 2013

Lawak Ke Der 3 Tanpa JOZAN?

Omaigad omaigad omaigadddd!!!! Katekan tidak jozan tak ada dalam LKD3!! Alaaa... sedihnya bila jozan tak ada dalam LKD3 nanti. Hhhhmm.. U know siapa yang gantikan diorang? Apa lagi kalo si hyper and si '' jin kalewaakk jin kaalaakkk'' Jambu la. Boboi pun tak ada n yang ganti adalah Douglas Lim. So.. mesti ramai yang hampa dengan ketiadaan Jozan di Lawak Ke Der 3 nanti. So.. kita tunggu jela okeyhh! ='(