My Stalker.. Haha

Wednesday, February 19, 2014

Emergency Couple OST - Lim Jung Hee - Flower Scent - Lyrics [ROM-HANGUL-...



 
Lagu ni buat aku menangis sorang2. Korang dengarlah. Belom dengar belom tahu. Baru tahu panahan lagu Flower Scent OST Emergency Couple.

kkochyanggiga nayo eodiseo nanayo
yeogin kkochi eomneunde geudaebakke eomneunde
gibuni johayo maeumi pyeonhaejyeoyo
gyesok nareul geureoke ppanhi chyeodabwajwoyo
ireon nacheoreom
geudaega utneun moseup bogo sipeoyo
ajik hanbeondo utji motaetjiman nan
gareuchyeo juseyo baeugo sipeoyo
saranghaneun bangbeobeul chaegeuro al suneun eomneun geojanha
nal dowa juseyo
geu saram baro geudaenikka
sarangeul allyeomyeon naneun geudaega pillyohaeyo
yeonpireul deureoyo geudaereul geuryeoyo
igeot bakke aneunge hal su inneunge eobseoyo
tto isseulkkayo?
geudaereul wihae naega hal su inneun il
algo sipeoyo naege allyeojwoyo
gareuchyeo juseyo baeugo sipeoyo
saranghaneun bangbeobeul chaegeuro al suneun eomneun geojanha
nal dowa juseyo
geu saram baro geudaenikka
sarangeul allyeomyeon naneun geudaega
gareuchyeo juseyo baeugo sipeoyo
saranghaneun bangbeobeul chaegeuro al suneun eomneun geojanha
nal dowa juseyo
geu saram baro geudaenikka
sarangeul allyeomyeon naneun geudaega pillyohaeyo
 
 
Korean: music daum
rom: jk-poplyrics.com

 Best Recards,
Ely Liyana


Your Name
tel.:
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com

Lebih Baik Aku Tak Ada Kawan...

 
Gambar ini sudah cukup untuk menjelaskannya...

 Kenapa aq cakap dekat title "Lebih baik aku tak ada kawan"?

Suka hati aku la nak letak title apa pun. Haha gurau2. Sebenarnya tadi Ely gaduh dengan bestfriend sendiri. Sebab Ely tinggalkan dia kt sekolah sorang2. Ingatkan ayah dia amik dia but, dia balik jalan kaki. Jauh siyoot!. 

Aku rasa apa yang dia rasa. Tapi aku honestly memang tak pandai bab2 pujuk ni. Takkan aku nak buat elomisss..elomiss.. ileporingge pulak. Nanti dia kata aku buang tebiat. Hhhmm. 

Aku tau aku buat dia terasa. Tapi aku nak satu daripada dia. Please forgive me. Dia pun pernah guriskan hati aku. But aku malas nak gaduh lama2. Just diam n smile. 

Aku tipu dengan classmate aku. Aku berlakon happy je depan diorang but, Allah saja yang tau macam mana rasanya bila bff sendiri benci dengan kita. Nak pandang muka kita pun nak meluat apatah lagi nak menegur.

Maybe, ni ujian daripada Allah untuk aku. Ni sudah jadi bahagian aku. Aku kena jaga hati orang lain juga. Jangan nak jaga hati sendiri je. Hati orang lain pun nak kena jaga. Tapi hati aku siapa nak jaga?

Kalau dia stay lagi tak maafkan aku, apa gunanya ada kawan? Aku dah usaha banyak kali dah tapi nak buat macam mana? lagi bagus tak ada kawan kot. ='(

Ini sahaja yang dapat Ely share ngan korang. Kalau ada tips cara nak pujuk kawan, komen la di bawah ni. Sekarang ni pun, tengah dizzy sikit but aku nak buat juga artikel pasal aku petang tadi. Anyeonggihaseyo! Assalamualaikum....

Best regards,

Saturday, February 15, 2014

Repost from Jep Sepahtu di Instagram

 

Jep: Kontroversi bukan lah cara yang terbaik utk mendapatkan publisiti..sekiranya ingin membuat kontroversi jgn la melibatkan saya apatah lagi mengaibkan saya..siapalah saya utk tidak memaafkan orang..astagfirullah hal azim..semoga silaturahim kita terus berkekalan..amin
Saya harap fan2 saya terus beri sokongan kepada sharol shiro..x perlu la hentam menghentam..setiap yg berlaku tu bersebab..mungkin juga ade bnda yg saya terlepas pandang..

Ely: Saya harap gosip sebegini takkan berulang lagi.... Tak payah la nak bash2 abg aku dua org ni.. Bukannya dapat apepon.. dapt dosa adelaa.... -_-
 
Best regards,

Friday, February 14, 2014

‘Apa salah saya...’

  

Ala.. tak bestnya bila dengar yang pasangan kembar ni bergaduh. Aku dah mula rindu mereka bersama. Sampaikan Jepp menjauhkan diri dia pada Shahrol dan paling tak best nak dengar, Jepp unfollow Shahrol dalam instagram diorang. Selalunya mereka follow antara satu sama lain tapi ni lain pula jadinya. Ely harap diorang kembali baik semula seperti sediakala. Biarlah diorang selesaikan masalah diorang sendiri. Nak menangis pun ada bila Jepp macam tak suka kawan dengan Shahrol. Ely pun terpikir juga, apa salah Shahrol pada Jepp. Dedua ni aku amat minat dan amat aku sayang. Tak sangka la pulak boleh jadi macam ni. Ely harap sangat sangat sangat yang diorang berbaik balik. Tak mau gado2.. Kami dari penyokong JFC dan Shahrolians sentiasa mendoakan agar korang barbaik semula dan bersahabat hingga akhir hayat. Amin. =)

Nak tahu lebih lanjut? click link kt atas tuuu....

Best regards,

Monday, February 10, 2014

MLM 2013: Harap Kami Tiga Kekal Bersama – Jep Sepahtu

 

Credits: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/111244/MLM-2013-Harap-Kami-Tiga-Kekal-Bersama-%E2%80%93-Jep-Sepahtu.aspx?fb_action_ids=693250617382770&fb_action_types=og.likes&fb_ref=.Uvha-78X5cs.like&fb_source=other_multiline&action_object_map=[261863533973620]&action_type_map=[%22og.likes%22]&action_ref_map=[%22.Uvha-78X5cs.like%22]

Tahniah buat kumpulan Sepahtu setelah dinobatkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung Jumaat minggu lalu di Stadium Melawati, Shah Alam.
Kemenangan kumpulan Sepahtu turut dikaitkan dengan kehadiran ahli kumpulan baru iaitu Rahim dari kumpulan R2. Sepahtu yang sebelum ini hanya dianggotai oleh Jep dan Shuib telah mengambil keputusan untuk bergerak secara trio di MLM edisi 2013 untuk menguatkan lagi jentera Sepahtu.
Menurut Jep, kehadiran Rahim banyak membantu Sepahtu dan sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan mereka di MLM 2013.
“Saya akui Rahim banyak membantu Sepahtu dan kami sangat bersyukur dengan kemenangan ini. Ianya atas berkat usaha kami bertiga seterusnya dapat beraksi di pentas akhir MLM 2013. Secara jujurnya kemenangan kami sungguh tidak disangka dan pembabitan Rahim dalam Sepahtu pada awalnya boleh dikatakan hanya projek khas sahaja.
“Sedia maklum Rahim sebelum ini mempunyai kumpulan lain iaitu R2 yang dibentuk bersama adiknya Ridhzuan. Saya mengharapkan kami bertiga dapat kekal bersama sebagai sebuah kumpulan lawak walaupun program MLM 2013 sudah berakhir. Wang kemenangan kami ini nanti akan dikongsi secara bersama,” jelasnya Jep kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Rahim turut mengakui rasa bertanggungjawab dan berusaha untuk sama-sama berjuang membantu Sepahtu menjejakkan kaki ke gelanggang akhir MLM 2013.
“Saya telah diberi peluang untuk menyertai Sepahtu untuk MLM edisi 2013 jadi saya rasa ini satu tanggungjawab yang besar untuk bantu Sepahtu menjejakkan kaki ke gelanggang akhir MLM 2013.
“Alhamdulillah berkat usaha kami bertiga, kejayaan Sepahtu adalah atas sokongan ahli keluarga dan para peminat yang tidak henti-henti menyokong Sepahtu sejak di minggu pertama lagi,” ujar Rahim ringkas.
Kemenangan Sepahtu malam tadi membolehkan mereka membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM500,000 serta trofi sumbangan dari pihak Astro.
Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung pada haru Jumaat minggu lalu, memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas dan muzikal.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan  Nora Danish.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini gelanggang akhir MLM 2013!


Best regards,

Saya Nak Bahagiakan Ibu Bapa Saya – Zizan Razak

 

Bak kata pepatah ‘kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Berkat daripada menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada ibunya, pelawak terkemuka tanah air, Zizan Razak telah dinobatkan sebagai bintang ‘Top Top MeleTOP’ kategori lelaki bagi Anugerah Meletop Era (AME)

“Ibu dah minta lama dah suruh saya belikan handphone baru. Jadi, saya belikan telefon Sony Xperia. Masa saya nak beli, saya call dia saya tanya nak warna apa, dan ibu cakap nak warna hitam. Saya cakap warna hitam dah habis. Tapi bila saya balik dan dia buka hadiah, dia terkejutlah dengan surprise saya’

Zizan Razak turut menambah bahawa ibu bapa dan keluarga merupakan perkara terpenting dalam kehidupannya buat masa sekarang. Dia mahu memberikan kesenangan kepada mereka yang selama ini telah membesarkan dirinya.

“Saya nak tengok mereka senyum dan senang macamana mereka layan saya masa kecil. Apa yang saya nak, saya dapat. Walaupum tak mewah, tetapi saya tak susah. Bakat saya ini dikurniakan oleh Allah SWT. Tak perlu ada diploma atau ijazah. Jadi, tak salah saya nak senangkan mereka.”

Sebelum ini, Zizan juga telah menghadiahkan sebuah rumah buat ibu bapanya di Terengganu. Namun menurutnya, mereka masih belum lagi berpindah ke rumah baru yang sudah siap semenjak tahun lepas itu.

Dalam pada itu, Zizan juga tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminatnya, terutama kepada Zizan True Fans (ZTF), Jozan FC, Johan FC, dan tidak ketinggalan Emmavengers.

“Tapi paling saya terkejut bila menang untuk kategori fesyen semalam, sebab saya rasa fesyen saya bersepah. Saya cuma suka fesyen yang lebih remaja. Saya tak pergi beli produk high-end, cuma ambil fesyen terbaru dari Jepun. Dan semestinya, saya tak sangka dapat anugerah Top Top Meletop memandangkan persaingan sengit.”

Dalam perkembangan terbaru, Zizan juga memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk dalam sesi penggambaran filem Cicakman 3D.


Best regards,

Sunday, February 9, 2014

Zizan n Jepp Menang Yowwwww!!!

 
 Zizan menang! Zizan menang yoww! haha. Tahniah untuk Zizan kerana memenangi 4 anugerah iaitu Anugerah Fesyen MeleTOP, Bintang Siber MeleTOP, Anugerah Wechat MeleTOP dan Anugerah Top Top Top MeleTOP Lelaki. Dia sememangya layak untuk memenangi hadiah ini. Ely pun tak terlepas untuk melihat persembahan dari Zizan & Kaka dengan lagu Infiniti Cinta. Masa nak ambil award untuk Anugerah Wechat MeleTOP, seriously, Zizan memang shocking giler. Masa nak naik atas stage sampai terjatuh2. Haha. Benda tu dah jadi joke dari Zizan. Tak pernah dalam sejarah, artis yg menang kalu nak bgi ucapan hanya 5 patah perkataan only. Haha. Memang ohsem la. 
     Btw, tahniah juga untuk Jepp sebab menang Bintang Tv MeleTOP. Walaupun dia tak menang Anugerah Top Top Top MeleTOP lelaki, tapi dia tetap menang dalam hati peminat. Betul tak JFC?? haha. 
     Ely memang takkan terlepas untuk jerit depan TV bila Zizan & Jepp menang award. Tapi tak ada la sampai jiran dengar. Jom tengok gambar n Zizan di #AnugerahMeleTOPEra

Yeay! Die menang! #AnugerahFesyenMeleTOP @zizanrazak869 @ztf_official #zizantruefans

 Yeay! Die menang lagi! Tahniah! @zizanrazak869 @ztf_official ztf ohsemmmm! #BintangSiberMeleTOP #AnugerahMeleTOPEra

 #Alhamdulillah dia mnang lagi... that's my brother yoowwwww! @zizanrazak869 @ztf_official #AnugerahWechatMeleTOP #AnugerahMeleTOPEra

Jom tengok Gambar2 Jepp pula. Shuib dan Rahim pun tak ketinggalan untuk menyokong Jepp tau!


Congrats jepp! @jepsepahtu #BintangTVMeleTOP #AnugerahMeleTOPEra


 Sepahtu & Nabila Huda atau kak abil!

Yeyey! abg titer menang! congratulations! #Alhamdulillah #JFC

Sepahtu dengan Yana Samsudin yoww!

Tu sahaja yang dapat Ely share ngan ualls. #PieceNoWar


Best regards,

Saturday, February 8, 2014

Standby 4 Anugerah Meletop Era!

 


Nanti jerit kuat2 tau ZTF!! biar runtuh pun tak pa lah. We Are One!!! eh?? to moto EXO.. haha. Tak apa la. Hope Zizan menggondol semua award2 yang beliau dicalonkan. Amin! 

Done! jangan lupa jerit sampai tak ada suara tau2! haha.. Kemon, ZTF! haha

Video reheaseal Zizan untuk #AME di sini!
https://www.facebook.com/photo.php?v=263407977158766&set=vb.100004686969528&type=2&theater

Sambil bro kita rehearse, jom undi sampai tutup undian pkl 6!! By @aznilnawawihm "Nantikan persembahan @zizanrazak869 @kakaazraff #InfinitiCinta #anugerahmeletopera kul 9:30pm #astroria #astromayahd
#paknil #tukang #kacau" via @PhotoRepost_app
**WE LOVE U PAKNIL!!


Best regards,

Congratulations SEPAHTU!!

 
Tahniah kepada Sepahtu kerana memenangi tempat pertama MLM2013. Semoga Sepahtu akan sentiasa berjaya sampai bila2. Sepahtu mendapat Juara MLM2013 dan memenangi RM500,00! Memang rezeki diorang. Manakala tempat ke-2 Shiro, tempat ke-3 Bocey, tempat ke-4 Jambu dan tempat ke-5 pula adalah Nabil. Memang tabik spring la dengan Sepahtu sebab perform Yang paling best dan Jepp pula sangat hansem. Ely pon pegi la juga MLM2013 semalam. Memang best gila la elh cakap kag korang. Ely ada record video masa sepahtu bagi ucapan selepas bergelar juara. Tapi tak boleh post pula kat sini. Ni ucapan daripada Jepp dari akaun Instagramnya.

And then, ucapan daripada Shuib menerusi akaun Instagramnya juga.

Syukur YaAllah....Alhamdulillah...terima kasih pd semua yang menyokong dan mengundi #sepahtu...Tanpa anda siapa lah kami utk berdiri dan memegang trofi ini.Hanya Allah swt dpt membalas budi dan jasa kalian.Terima kasih ibu @sitisarahraissuddin yg menjadi org penting dlm perjalanan karier daddy...Terima kasih sahabatku @jepsepahtu @rahimr2 kerana tanpa kalian aku tidak akan ada disini.Terima kasih semua!!!!!!!! #alhamdulillah #syukur #AllahSwt #final #maharajalawakmega2013

Alhamdulillah. That's my brothers yowww! Don't do dare to hate them! haha. Jom tengok gamabr yang Ely sempat snap malam tadi.


Nampak Ac kt bwh for standby...hansem sioot! Haha #MLM2013 @emylia_rosnaida @datoacmizal

 I'm here! #semalampunyacerita #MLM2013 #sepahtufc #sepahturians #sepahtu #shahrolians #shironators #comradeshiro001 #ajakloversfc


cantik! ‪#‎Tunggubelonjatuhh‬ ‪#‎MLM2013‬ ‪#‎Lastday‬

Ely ada beli T-Shirt Sepahtu tau! nak tengok? nah!



#sepahtu #tshirt #MLM2013 #sepahtufc #sepahturians @jepsepahtu @shuibsepahtu @rahimr2

 Tq @watashiwaya sbb belanja... nanti blanje la lagi.. haha xD #jeppers #jepsepahtufc #sayapnadzri @jepsepahtu @jepsepahtufc

Best Regards,

MLM 2013: Kami Bangkit Selepas Ketinggalan Minggu Lalu - Sepahtu

 

Gelanggang akhir MLM 2013 telah pun menutup tirainya dengan menyaksikan Sepahtu diumum sebagai Juara keseluruhan MLM 2013 sekaligus menewaskan empat persaingan terhebat mereka iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.

Kemenangan Sepahtu malam tadi membolehkan mereka membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM500,000 serta trofi sumbangan dari pihak Astro.

Mengulas lanjut kemenangan Sepahtu di gelanggang akhir MLM 2013, mereka tidak menyangka diumumkan juara selepas menerima kejutan menerima undian rendah di peringkat separuh akhir.

Menurut Jep, keputusan undian mereka pada minggu lalu menjadi satu “wake up call” untuk mereka berusaha lebih keras di gelanggang akhir MLM 2013.

“Minggu lalu di Johor Bahru kami menerima kejutan besar dengan undian agak mengecewakan. Tetapi itu satu wake up call untuk kami berusaha lebih keras dan buat terbaik untuk para peminat dan penonton di gelanggang akhir.

“Terima kasih kepada para penyokong kumpulan Sepahtu kerana anda adalah yang terbaik buat kami dan percaya dengan kemampuan kami sekaligus memilih Sepahtu sebagai juara MLM 2013.

“Tidak lupa juga barisan para juri yang banyak memberi komen-komen membina untuk kami bangkit dan berusaha lebih keras sejak di minggu pertama MLM 2013 bermula,” ujar Jep kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Jep tidak menafikan gelanggang akhir MLM 2013 adalah antara gelanggang paling sengit setakat ini dengan kemampuan dan kehebatan yang dimiliki oleh peserta MLM 2013.

“Gelanggang akhir MLM 2013 memang cukup sengit pada saya kerana setiap peserta mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Jadi bukan mudah untuk bersaingan dengan mereka dan usaha adalah kunci utama untuk anda berjaya,” tambah Jep.


Keputusan telah diumumkan AC Mizal dihadapan 5,000 penonton di Stadium Malawati, Shah Alam dan hadiah telah disampaikan oleh Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung pada malam tadi, memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas dan muzikal.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan  Nora Danish.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini gelanggang akhir MLM 2013!
 
 
Best regards,

Thursday, February 6, 2014

Gosip Tentang Zizan: Zizan Razak Enggan Komen Isu Bersekedudukan

 

Pengacara dan pelakon, Zizan Razak enggan memberikan komen mengenai tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa dia bersekedudukan dengan Emma Maembong.

Sebuah portal hiburan hari ini melaporkan mengenai desas-desus seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang percaya pasangan terbabit adalah Zizan dan Emma.
“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi,” jelas Zizan ketika dihubungi oleh GUA.

Dalam masa yang sama, Zizan juga memberitahu dia tidak terkilan dengan situasi yang berlaku biarpun dirinya sering diterjah kontroversi.

“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya tidak mahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” tutur pengacara rancangan ‘Raja Lawak’ ini lagi.

Ketika ditanya adakah tuduhan ini datang dari pihak yang cuba menjatuhkan reputasi Zizan di kala karier seninya sedang berada di puncak, Zizan hanya memberi komen ringkas dan mengatakan “Wallahualam”.

Sebelum ini, Zizan dan Emma dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta tetapi berita tersebut dinafikan oleh kedua-dua belah pihak. Baik Emma mahu pun Zizan, mereka berdua mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar teman rapat sahaja.

Ely: saya setuju cakap zizan. Lebih tak payah amik tau. Nanti lagi menjejaskan karier zizan sebagai anak seni. good job, zizan!

 
Best regards,

Get Well Soon, Shahrol!

 
 Alo siannya Abang Shah kita ni. Abang pitam lepas show. Memang tak excpect la kan bila baca artikel ni. Maybe sebab stress pasal MLM2013. 


Sebenarnya saya dah penat berminggu-minggu, selepas persembahan di Kedah memang saya dah tak larat sangat, memang dah sampai limit waktu tu, bayangkan, pada hari Khamis kami tukar cerita dan sejuurnya memang kami tak cukup masa.
Saya ada berjumpa doktor dan dia cakap saya terlalu stress menyebabkan badan terlalu penat dan tidak cukup rehat, lalu dia sarankan saya mendapatkan rehat yang cukup.
 Mana tak nya, pesaing-pesaing MLM2013 semua hebat2.Hope Abang Shah kita cepat sembuh ya. Get Well Soon, Abang Shah!

Kalau tak caya, baca ni!
http://www.ohbulan.com/shahrol-shiro-pitam-lepas-show/