My Stalker.. Haha

Tuesday, August 19, 2014

Persembahan Hebat & Bertenaga, CNBLUE Tawan Hati Ribuan Peminat

 
 Credits: Astro Gempak

Foto Kredit: IME Production

Kehebatan band rock dari Korea Selatan, CNBLUE ketika mereka tampil dalam konsert ‘2014 CNBLUE Live Can’t Stop’ di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu memang tidak dapat dinafikan lagi.

Ternyata, konsert yang dianjurkan oleh IME Production ini berjaya mengubat kerinduan Boice Malaysia (gelaran peminat) terhadap idola kesayangan mereka yang dianggotai oleh empat anak muda berbakat iaitu Jung Yong Hwa ( penyanyi utama, gitar), Lee Jong Hyun (Gitar Utama, Penyanyi), Kang Min Hyuk (Drum) dan Lee Jung Shin (bass).

Tepat jam 7.45 malam, lampu dimalapkan dan empat figura popular ini muncul dengan gaya santai telah membuatkan sorakan peminat memenuhi ruangan stadium tersebut.

Tanpa berlengah, tirai konsert dibuka dengan lagu ‘Time is Over’, dan ‘Intuition’.  Kemudian peminat dihidangkan pula dengan alunan suara merdu penyanyi kedua CNBLUE iaitu Lee Jong Hyun yang menyampaikan lagu berjudul ‘These Days.’

Sebaik sahaja selesai mendendangkan tiga buah lagu tersebut, empat orang anak muda ini mula memperkenalkan diri masing-masing.  Apa yang menarik perhatian ialah mereka mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik walaupun sedikit pelat dengan cara bersahaja.

“Apa khabar saya Jung Shin, rindu kami? Kami pun rindu kamu,” dan “Apa khabar, saya Jong Hyun, selamat datang ke konsert kami, jom kita bergembira,” itulah antara baris ayat yang dituturkan oleh ahli CNBLUE yang mendapat sorakan peminat.

 Aksi Yong Hwa dan Jong Hyun ketika mendendangkan lagu

 Sejurus selepas itu, suasana bertambah gamat apabila Yong Hwa mempamerkan kebolehannya membuat ‘beatbox’ dengan gaya tersendiri sebelum meneruskan persembahan dengan lagu ‘My Miracle’, ‘Blind Love’ dan ‘Cold Love’.

Walaupun masing-masing sibuk dengan lakonan dan jadual yang padat, namun itu tidak dapat menghalang empat anak muda ini memberikan persembahan yang hebat! Tenaga yang disalurkan oleh keempat-empat mereka amat menakjubkan dan tiada tandingan.

Keupayaan dan kemantapan vokal nyanyian mereka secara live memang benar-benar menakjubkan dan ini terbukti bahawa band rock dari Korea Selatan ini bukankah hanya sekadar memiliki rupa yang kacak.

“Mari menyanyi bersama-sama.” kata Jung Shin dengan penuh bersemangat sebelum beralih kepada lagu seterusnya.

 Min Hyuk dan Jung Shin petah berbahasa Melayu, tawan hati peminat.
  
Tidak perlu sibuk untuk bertukar-tukar baju, persembahan CNBLUE diteruskan lagi dengan lagu rancak iaitu ‘Robot’, ‘In My Head’, ‘Greedy Man’, ‘Love is’, ‘I am A Loner’, ‘Coffee Shop’, I’m Sorry’, dan ‘Try’  yang membuatkan peminat turut sama menyanyi dan menari.

Dengan hanya menyarungkan t-shirt berleher V sudah cukup membuatkan peminat mereka menjerit. Sesekali kelihatan mereka mengusik peminat dengan membuat aksi mengoda, seksi dan comel.

Konsert semakin memuncak apabila CNBLUE mendendangkan lagu terbaru mereka, ‘Can’t Stop’ sebelum membuat persembahan encore.

Memilih lagu ‘Wake Up’, ‘Love Girl’, ‘Talk’ dan ‘Love Light’ sebagai lagu terakhir, empat pemuda kacak ini memanfaat masa yang ada dengan menyanyi dan berhibur dengan peminat tersayang.

 Aksi Jung Shin ketika meminta peminat untuk mengambil gambar kenangan bersama CNBLUE. (kredit foto: Nabila Razali)

 Sebelum beredar meninggalkan pentas, CNBLUE turut mengajak peminat untuk mengambil gambar bersama sebagai kenangan yang sudah pasti menjadi memori indah buat Boice Malaysia yang hadir pada malam tersebut.

Sebelum ini, CNBLUE telah hadir ke Kuala Lumpur sempena konsert jelajah mereka iaitu ‘ Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour in Malaysia' di lokasi yang sama pada tahun lalu.

Ely: Aigoo ~~ bahagianya diorang bila dapat jumpa CNBLUE! Ely minat siapa? Ely minat kesemuanya especially, Min Hyuk & Yong Hwa but sekarang Ely mula minat Jung Shin sebab dia handsome & Cool! Kalaulah Ely berada di tempat peminat bertuah tu ~~

 
Best regards,

Zizan Razak & Jihan Musa Kendali AF2014

 

 
Credits: Astro Gempak 

 Mungkin ramai yang sudah melihat iklan di kaca televisyen atau video promo Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang mendedahkan dua pengacaranya musim ini.

Sejak video promo AF2014 dimuat naik di YouTube pada Sabtu lepas,  ia terus menjadi ramai bualan banyak pihak.

Rata-rata komen yang diberikan ialah, mereka sangat mengharapkan AF2014 akan mengembalikan kegemilangan program realiti itu seperti pada awal kemunculannya.

Untuk merealisasikan permintaan para peminat dan penonton Astro, AF2014 akan mengekalkan format asal seperti pada awal kemunculannya di tahun 2003.

Cuma kelainannya, Diari AF 2014 akan dikendalikan pelawak Jihan Muse dan Zizan Razak akan mengacara pada malam konsert pada setiap minggu.

Jika AF 2014 dikembalikan seperti format asal yang digunakan 10 tahun lalu, pastinya akan lebih banyak air mata, emosi dan drama.

Mampukah dua pelawak ini menerajui AF 2014 jika ia sarat emosi dan drama?

Adakah Jihan dan Zizan dapat mengembalikan keterujaan penonton untuk menonton?

Nantikan kemunculan AF 2014 tidak lama lagi! 


Best regards,