My Stalker.. Haha

Thursday, January 28, 2016

Busy, Busy, Busy!

Assalamualaikum. Masa nak dekat maghrib juga la aku nak update blog. Haha. Whatever! nak update juga!

Tahun ni memang tahun yang paling busy. Busy dengan apa? busy dengan homework, assignment, aktiviti sekolah dan seangkatan dengannya. Mana tak nya kalau asyik nak tangguh kerja je. Padan muka aku! Haha. 

Finally, aku dapat siapkan assignment ICT aku yang last date dia 30/1 ni. Kalau after tarikh tu cikgu kata cikgu stay terima lagi. Padahal aku dah siap dah semua cuma nak masukkan video dekat dalam powepoint je yang jenuh nak masuk and semuanya dah settle! Alhamdulillah. 

Aku harap aku punya pelupa ni tak berterusan lah. Haha! sebab aku ni kadang-kadang nyanyuk mengalahkan orang tua. Doakan aku supaya tak asyik lupa je. Aamiin. Hahaha

Okay, sebenarnya saja nak main taip-taip ni. Dah lama tak taip dekat blog aku ni. Sekali- sekala kaannnn ~~~ ok bye! Selamat menunaikan solat maghrib!

Friday, January 1, 2016

Happy 2016 !

 

 

Anyeonghaseyo! Happy new year everyone ! The most important for me is SPM this year and last I akan bersekolah. Firstly, rasa macam senior pulak bila buka sekolah nanti. Haha. And then, rasa nervous sikit sebab tahun ini tahun Ely akan menduduki SPM 2016! Harap semua berjalan dengan lancar^^

Azam Ely tahun ni? hhhmmm, azam Ely senang je. 
  1. Diberi kesihatan yang baik 
  2. Semoga kesihatan mak and abah and family dikurniakan kesihatan yang baik.
  3. Dapat keputusan cemerlang? Insyaa Allah.
  4. Jangan tinggal solat!
Kalau nak diikutkan banyak lagi azam Ely tapi bagi yang penting2 lah. If yang tak penting tu like nak Iphone, pergi konsert kpop, macam-macam lah. Haha!

So, what about you?


Best regards,
Ely liyana

Wednesday, October 28, 2015

I'm back^^


Hai semua! Long time no see guys! bukannya tak nak buka but sejak takda komputer kat rumah ni, semua kerja nak update blog terbantut. haha>< but don't worry, I will update this blog. Ely update sikit2 dulu lah ye ~

Tak lama lagi my birthday so tak sabar nak balik PJ! *sekarang duduk Klang* sebab nak jumpa kawan lama tahun lepas. huhu

Ok la nak chau dulu sebab Ely guna PC dekat Cyber Cafe je ni so, anyyeong!!


Best regards,
Ely Liyana

Wednesday, October 22, 2014

FREEDOM

 

Anyeonghaseyo! Allahuakbar, dah lama Ely tak jenguk2 blog ni sebab busy dengan exam PT3 this year. Alhamdulillah, dapat jawab. Ade senang, ade yang susah. Kadang2 tu ada lah jugak main tembak je jawab hehehh. Lepas je habis PT3, memang layan youtube sampai lebam la jawabnye. Hope, dapat result yang baik. Amin. #WishMeLuck

Maybe, Ely nak create 1 more novel sebab terpengaruh tengok drama korea lepastu ada la jugak sikit idea nak buat novel baru but belum decide nak buat bila. Nanti Ely post, Insyaa Allah.

Alang2 dah tengah menaip ni, Ely nak promote 2 korean song. Boyfriend - Witch & Winner - Don't Flirt (LIVE) sebab lagu ni memang daebak. Selalu jugaklah Ely dengar lagu ni sebab best sangat. Kalau nak tau macam mana bestnya lagu ni, korang klik je kt song tittle tu.

Itu saja yg dapat Ely share. Ada masa kita jumpa lagi. Assalamualaikum^^


Best regards,

Ikut Jejak Langkah Kris, Luhan Bakal Tinggalkan Exo?

 
 Credits: Astro Gempak

Sekali lagi peminat K-pop dikejutkan dengan berita salah seorang ahli kumpulan yang kini sedang meningkat popularitinya, EXO iaitu Luhan dilaporkan telah memfailkan saman tuntutan pembatalan kontrak bersama syarikat pegurusannya SM Entertainment (SME).

Menurut laporan media China Sina, Luhan telah memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Central Seoul pagi Jumaat, 10 Oktober 2014.

Malah TVDaily juga mengeluarkan satu salinan permohonan seperti yang dikatakan di mana nama ‘Lu Han’ jelas kelihatan.

Jenis tuntutan mahkamah yang telah difailkan oleh penyanyi yang berasal dari China itu adalah menyerupai kes Kris yang juga merupakan bekas anggotan kumpulan berkenaan.

Laporan turut mengatakan bahawa firma guaman yang mengendalikan kes Luhan merupakan firma yang sama mengendalikan kes Kris dahulu.

Berikutan daripada kes mengejut itu, beberapa jam kemudian pihak SME telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa pihak mereka terkejut dengan tuntutan mahkamah yang difailkan secara mengejut oleh penyanyi berusia 24 tahun itu.

Bagaimanapun, melihat kepada tuntukan mahkamah berlaku dalam corak yang sama dengan menggunakan peguam yang sama, SME percaya mungkin ada pihak ketiga yang terlibat atau menggunakan kuasa dan pengaruh mereka ke atas ahli-ahli kumpulan tersebut untuk memujuk mereka meninggalkan kumpulan itu.

 Sebelum in perkara yang sama pernah terjadi kepada Kris yang merupakan ahli kumpulan EXO dan merupakan ketua kumpulan kepada sub-unit EXO iaitu EXO – M.

Sehingga kini, para peminat EXO masih lagi menantikan berita terkini mengenai status Luhan sama ada benar Luhan akan meninggalkan kumpulan EXO atau tidak.

Ely: Luhan oppa, Anyeong! Take Care. #AlwaysSupportLuhan


We love u too. =( =')

Best regards,