My Stalker.. Haha

Tuesday, April 15, 2014

Gosip tentang Jep: Jep Sepahtu Jawab Dakwaan Isu Maki Peminat

 

 Pelawak terkenal Jep Sepahtu melahirkan rasa kecewa mengenai laporan sebuah akhbar tentang dakwaan dirinya memaki peminat ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada 21 Mac lalu.

Untuk mendapatkan kepastian, Astro Gempak telah bertemu Jep semasa program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu dan meminta dia mengulas mengenai isu tersebut.

Menurut Jep, tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu terlalu berat malah menganggap ia sebagai satu fitnah.

“Kalau cerita negatif saya masih lagi boleh terima tapi janganlah sampai ia mengaibkan orang dan menjadi fitnah kepada saya.

“Saya takkan buat perkara macam tu, paling tidak pun kalau saya sibuk saya akan tolak dengan baik, tapi kalau tuduhan sampai kata saya memaki orang tersebut itu dah jadi satu fitnah.

“Sampai satu tahap saya rasa seolah-olah ada konspirasi nak menjatuhkan saya, dan perkara sebegini dah berlarutan sejak saya dalam maharajalawak lagi… Ada sahaja cerita negatif tentang saya,” ulasnya.

Selain itu, pelawak yang berasal dari Kulai, Johor ini juga mengakui dia tidak tahu apa motif yang ingin disampaikan oleh pengirim tersebut sehingga dia bertindak untuk memburukkan namanya.

“Kita tak tahu siapa yang suka kita dan siapa yang tak suka... Kalau berfikir secara logik, takkan saya nak buat macam itu bila ada peminat yang ingin ambil gambar?

“Sebab saya sedar, orang yang paling penting membuatkan saya berada hingga ke tahap ini adalah peminat dan saya sangat-sangat menghormati peminat saya… Mustahil saya nak buat perkara macam tu!,” katanya tegas.

Tambah Jep lagi dia memaafkan pihak yang mengada-adakan cerita negatif ini dan menganggap ia merupakan asam garam kehidupan sebagai seorang artis

“Saya baik-baik saja, Alhamdulillah bila keluar cerita-cerita negatif tentang saya ramai kawan-kawan datang jumpa saya dan berikan kata-kata semangat.

“Kadang-kadang disaat saya ‘dihentam’ teruk, saya tak marah sebaliknya orang-orang yang berada disekeliling saya yang geram… Saya anggap ini sebagai asam garam kehidupan seorang artis dan fitrahnya memang begitu.

“Apa yang buat saya jadi lebih kuat ialah percaya tuhan itu adil, buat baik dibalas baik dan bila anda buat perkara tak elok maka anda akan dapat balasannya.

"Saya tidak anggap mereka sebagai 'haters' sebaliknya saya doakan supaya hentikan perbuatan ini agar tidak berlarutan kerana dikhuatiri akan bebalik kepada diri mereka sendiri.” ujarnya mengakhiri perbualan.

Astro Gempak sebelum ini ada mengeluarkan artikel mengenai Jep yang didakwa menempelak peminatnya ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 21 Mac lalu.

Peminat tersebut yang terkilan dengan tindakan Jep itu telah menghantar surat kepada ‘Mizz Lahar’, ruangan gosip di sebuah akhbar tempatan.

Kredit Foto: Cipotredz


Best regards,

Thursday, April 10, 2014

Emma Gembira Bapa Terima Zizan

 

Oleh Izzat Ismail. Sumber Murai.

Nampaknya hubungan istimewa diantara pelakon Emma Maembong dan Zizan Razak semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, pelakon Projek Memikat Suami ini dikatakan telah membawa Zizan untuk berjumpa bapanya sebagai langkah pertama didalam mengeratkan lagi perhubungan diantara mereka dan keluarga.

Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa pasangan sejoli ini telah mengambil cuti panjang bagi membuat persiapan perkahwinan mereka berdua. Perkara tersebut telah disahkan sebagai tidak benar oleh Emma sendiri dan menganggap ianya hanyalah sekadar khabar angin. Tambahnya, memang benar dia ada membawa Zizan berjumpa dengan ayahnya tetapi bukan bertujuan untuk menetapkan hari bersejarah itu.

Emma yang ditemui semasa perlantikannya sebagai duta terbaru produk makanan tambahan dan kecantikan Miaxara di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini turut senang dengan perhubungan mereka ketika ini. Namun menurut Emma, dia masih lagi belum memikirkan lebih jauh tentang perkahwinan.

Anak pelukis terkenal negara buat masa kini gembira dengan penerimaan keluarganya serta merasakan Zizan mempunyai keserasian terutama dengan bapanya. Apatah lagi mereka berdua mampu bercakap loghat Terengganu bersama.

Emma yang baru saja menyambut hari lahir baru-baru ini telah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan Razak sebagai pemberian hari jadinya yang ke-22. Dia juga menjelaskan sebab utama dia berehat seketika daripada berlakon adalah kerana dia mahu berehat untuk sementara waktu memandangkan jadual hariannya sebelum ini terlalu sibuk di set penggambaran.


Best regards,

ZIZAN TAK PERNAH AJAK KAHWIN - EMMA MAEMBONG

 
Credits: http://www.myartis.com/2014/04/zizan-tak-pernah-ajak-kahwin-emma.html

Emma Maembong dan Zizan Razak akan kahwin tidak lama lagi!

Demikianlah gosip yang bertiup kencang mengenai hubungan dua sejoli ini yang sering dilanda kontroversi. Gosip bertambah hangat apabila pelakon Projek Memikat Suami itu yang berehat seketika daripada berlakon di anggap sebagai sibuk membuat persiapan kahwin.

Dan seperti biasa, bila diajukan soalan tersebut pada Emma, dia menafikan akan menamatkan zaman bujangnya. Dakwa Emma, semua gosip itu adalah tidak benar kerana dia dan Zizan tidak pernah bercakap soal kahwin, apatah lagi menetapkan tarikh nikah.

"Memamg saya akui, ramai yang bercakap bahawa saya dan Zizan akan berkahwin dalam tahun ini atau tahun depan. Semua itu tak betul.

"Memang benar kami rapat dan memang benar kami bercinta, tapi setakat ini dia (Zizan) tidak pernah mengajak saya berbincang ke arah itu dan jauh sekali untuk membuat baju atau menetapkan tarikh perkahwinan kami. Tiada langsung.

"Tidak ada sebarang kenyataan yang mengatakan kami akan berkahwin tetapi apa yang pasti kami memamg rapat ketika ini," ujarnya.

Bagaimanapun, dia mengakui pernah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan sebagai pemberian hari jadinya yang ke 22 baru-baru ini.

Tambah Emma, dia sedar hubungannya dengan Zizan telah berada pada fasa yang berbeza dan dia langsung tidak mahu berselindung lagi dengan peminat tentang keakrabannya dengan Zizan.

"Saya kenal Zizan sejak sebelum saya menjadi artis lagi. Itupun kerana kami berjiran di kampung dan kemudian barulah kami mula rapat.

"Bukannya dulu saya mahu menyorokkan hubungan kami, tapi dalam setiap perhubungan perlulah diberikan masa untuk mengenal hati budi masing-masing.

"Saya tak mahu sekiranya kami terlalu terbuka di awal perhubungan, takut nanti kalau tak jadi, pastinya saya juga yang malu.

"Seperti anda semua dapat lihat, barulah sekarang kami bersikap terbuka selepas kami mengenali hati budi masing-masing," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Best regards,

HAPPY BORNDAY JEP SEPAHTU YG KE 29!

 

 Allah selamatkan kamu ~
Allah selamatkan kamu ~
Allah selamatkan mohd nadzri ~
Allah selamatkan kamu ~
Happy bufday utk abg long @jepsepahtu
Semoga dipanjangkan umur dan makin dimurahkan rezeki mu... yey! #muchlove #Alhamdulillah @sepahturious @jepsepahtufc_official @sepahtusupporters
 #09041985

Repost from Jep Sepahtu,

detik waktu terus berjalan.. berhias gelap dan terang.. suka dan duka.. tangis dan tawa.. tergores bagai lukisan.. 9/4/1985 - 9/4/2014...terima kasih kpd semua yang mendoakan saya..segala ucapan dan doa anda telah saya amin kan..hanya Allah saja dapat membalas jasa baik anda..semoga Allah merahmati & memberkati silaturahim antara kita semua..amin..

Best regards,

Friday, April 4, 2014

Gosip tentang Jep: "Itu Dakwaan Melampau"

 
Credits: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014040402153220140404021532/MA/Article/article_print

Difahamkan, situasi itu berlaku ketika salah seorang peminat meminta untuk bergambar dengan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, ketika menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan membabitkan pasukan Jep iaitu Super Lawak FC di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dekat sini pada 23 Mac lalu.
Menurut dakwaan, Jep bertindak biadap kerana enggan melayan permintaan itu, sekali gus mengguris hati peminat malang itu.
Jep yang dihubungi semalam berkata, tuduhan liar yang melampau itu adalah tidak berasas sama sekali jika difikirkan secara logik.
“Takkanlah sebab nak ambil gambar saya nak mengamuk dan keluarkan kata-kata macam itu? Peminat adalah tulang belakang yang melonjakkan saya ke tahap ini.
“Selama enam atau tujuh tahun jadi artis takkanlah sebab sekeping gambar saya buat begitu? Saya bukan tak ada akal untuk buat tindakan bodoh begitu,” katanya.
Jep berkata, dakwaan itu amat keterlaluan kerana ia lebih berbaur fitnah terhadap dirinya yang selama ini berdiam diri.
“Sejak MLM (Maharaja Lawak Mega 2013), satu-satu kontroversi datang dan sekarang benda ini pula.
“Kesabaran saya pun ada batasnya.

Tuduhan ini amat melampau dan sudah macam satu fitnah pula,” katanya.
Tambahnya, dia juga berasa hairan dengan pelbagai cerita negatif yang melanda sejak kebelakangan ini yang kelihatan seperti satu konspirasi.
“Terdetik juga dalam fikiran saya, apakah memang ada orang nak jatuhkan saya ke? Saya di sini sebab dengan izin Allah.
“Kalau esok Allah kata saya jatuh, maka jatuhlah tapi janganlah orang lain pula yang tentukan putaran itu.
“Saya cukup berhati-hati dan jaga kelakuan tapi kenapa ada saja yang nak hentam saya tak bersebab?” katanya yang akan mengacarakan Skool of Lawak di Astro Warna, malam ini.

Credits:  Suhaila Nazyla

 "ITU DAKWAAN MELAMPAU" kata @jepsepahtu!!! Sabar dek Allah bersama org2byg sabar. Lgpun dh terbukti ramai saksi yg ckp xde pun adegan maki memaki disana. Teruskan perjuangan, pedulikan mereka yg sebok nak jatuhkan org. Dengki gamaknya!!!! Anggap ja ni dugaan utk ko jep. Bila kita makin berjaya mmg ada anasir2 BUSUK yg nak dtg. Org2 mcm ni memang x leh tgk org senang! Teruskan perjuangan mcm biasa, kerana kami x akan pernah berhenti menyokong awak. #jepsepahtu #terbaik #fansluarbiasa #amaizing #Sepahtu #sepahtuofficial #sepahtucrew #Sepahturious #sepahturiouscrew

Best regards,

Wednesday, April 2, 2014

Kami Sentiasa Menyokongmu, Jep Sepahtu ~

 
 Walau pelbagai rintangan melanda, walau diuji...admin berserta penyokong Jepsepahtu semua sentiasa mengiringinya dengan doa...Agar dia berjaya dan tabah...Dia adalah Juara dihati kami bukan kerana rupa tapi kerana bakat dan sikapnya yg menghambat hati kami...

Motif haters...admin tak tahu dan tak perlu tahu

Motif lovers...kami ingin melihat kejayaan beliau dan agar beliau pergi jauh membina nama dipersada seni...dan kami sentiasa menyokongnya..
(Copy/Paste)

 Kesiannya ~
macam mana Jep boleh tahan orang-orang macam ni kan. Ni lah dugaan. Kita tak boleh halang takdir. Kita hanya mampu merancang dan hanya Allah sahaja yang akan menentukannya. Apa salah dia pada haters semua? Aku tahu Jep mesti kuat dan tabah dalam mengharungi semua cabaran. Siapa tahu kalau di luar dia happy je macam tak ada apa2 tapi di dalam hati dia, Allah sahaja yang tau. Walau apapun diorang kutuk dekat Jep, kami Jep Sepahtu FC, Sepahtu FC, Jeppers dan seangkatan dengannya akan sentiasa menyokong Jep walaupun senang ataupun susah. Susah senang mestilah bersama. Kita tak nak la tengok Jep nangis lagi. Serik dah tengok dia kecewa apetah lagi aku dan peminat2 dia. Setiap apa yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Biarlah diorang kutuk kita. jangan kita kutuk diorang sudah la. Aku tak rasa langsung Jep boleh buat macam tu. Aku tahu semakin dia sabar, mesti dia akan berjaya pada suatu hari nanti, InsyaAllah. Kita mahu Jep yang dulu. Jep yang ceria, gila2, happy go lucky. Jep pun manusia biasa dan kita semua pun manusia biasa. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W memaafkan umatnya, apatah lagi kita yang kerdil ini..... Sedihnya bila baca artikel di atas. Sanggup haters buat macam tu. Kerana sikapnyalah yang membuatkan kami mahu menyokongnya dan bukan mengikut paras rupanya... Supaya sikapnya itu diteruskan sampai bila-bila.

TQSM Dato'! we will appriciate it! (Credits from @ladyzyla )

Luahan hatinya.... renung-renungkanlah ~

Best regards,

Tuesday, April 1, 2014

EXO's Comeback!!

 
 [NEWS] SM Entertainment confirms EXO's comeback. EXO-M and EXO-K to promote separately in China and Korea respectively.

SM Entertainment has stated that EXO will begin their comeback activities on April 15 at Jamsil Stadium during “EXO’s Comeback Show” where they will introduce their 2nd mini-album. The showcase will unveil EXO’s new title song for the first time.

For this mini-album, EXO-K and EXO-M will be promoting separately at the same time in Korea and China (respectively), anticipating a hot response from the music industry yet again.

In addition, SM reveals that they have teamed up with Samsung Galaxy Smartphone for this comeback, and that they will be launching special events and music services during the promotions of EXO’s new mini-album.

The showcase attendees will be chosen through a lottery system, and fierce competition is expected among EXO fans to gain access to the showcase. Only Samsung Music subscribers will be able to apply.

The showcase will also be streamed live exclusively through Samsung Music. To find out more on how to apply, click here (http://content.samsung.com/kr/event/eventDetail.do?eventSeq=405).

trans: fy-exo
source(s):
- http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2014040108360514263&type=1&outlink=1
- http://content.samsung.com/kr/event/eventDetail.do?eventSeq=405
- http://m.news.naver.com/read.nhn?mode=LSD&mid=sec&sid1=106&oid=404&aid=0000061932


Best regards,

JELAJAH KOMEDI SINAR BERSAMA KAWAN PARATHA

 
By @buddyzshiro_official

"JELAJAH KOMEDI SINAR BERSAMA KAWAN PARATHA .

Pelawak pelawak terkenal , @jepsepahtu , Shiro , Jambu , SYJ dan Bocey diberi misi untuk buat anda gelak sampai pecah perut ! Temui mereka di lokasi lokasi berikut :

Village Mall , Sg Petani : 12 April , 2 petang

Mydin MITC , Melaka : 19 April , 2 petang

Planet Gempak Ola Bola , Bukit Jalil : 26 April , 8 malam

Orang Sg Petani , orang Melaka dan orang Selangor dan KL block date anda pada tarikh dan waktu berikutnyaaa!!

Ely: #takeanote  set the time ok! stalker2 jep semua! haha


Best regards,