My Stalker.. Haha

Tuesday, October 29, 2013

Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan

Credits: http://www.rotikaya.com/

Kami suka dengar kisah selebriti tempatan yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tidak kiralah apa pun jenis. Ianya seperti satu usaha untuk melihat jauh ke hadapan dari sekadar berharap kepada industri yang jujurnya tidak menentu turun naik.
Terbaru, Zizan Razak telah membuka sebuah restoran burger baru di Damansara Perdana yang merupakan francais Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul.
“Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais”
“Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan dengan menjadi pengusaha restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim,” ujar Zizan Razak yang ditemui.
Zizan Razak menambah yang beliau mungkin tidak akan berada sepanjang masa di restoran ini tetapi akan tetap mencuri masa untuk datang menguruskannya kerana ini sudah menjadi satu tanggungjawab baru untuk dirinya. Go Zizan Razak!


Buktikan Yang Kami Bergaduh! – Zizan

Credits: http://www.astrogempak.com.my/

Sejak kebelakagan ini timbul khabar angin yang mengatakan Zizan dan Johan kini bermasam muka.

Lebih hangat lagi, ada yang mendakwa kedua-dua figura lawak ini hanya 'berlakon' mesra di hadapan peminat setiap kali mereka digandingkan.

Sejauh mana kebenarannya? Astro Gempak telah bertemu Zizan pada majlis perasmian restorannya, BurgerByte baru-baru ini dan meminta Zizan memberi penjelasan.

Menurut Zizan, dia tidak tahu menahu tentang perkara itu sehinggalah beberapa teman rapat dan rakan-rakan wartawan sering bertanyakan soalan sama.

“Saya tak tahulah macam mana boleh timbul isu sebegini…Cuma yang saya tahu, ada pihak yang sedang melagakan kami berdua…Jujur saya katakan, antara saya dan Johan tiada persengketaan. Kami masih rapat seperti dulu dan sering berhubung antara satu dengan yang lain.

“Jangan tanya saya apa motif ‘pihak itu’ mengeluarkan kenyataan sedemikian..Cuma tak seronoklah bila saya dapat tahu ‘dia’ mengeluarkan kenyataan itu di hadapan rakan-rakan wartawan.

“Saya agak terkejut bila diberitahu tentang perkara itu, tapi tidak mengapa…saya profesional dan tidak akan bermasam muka jika bersua dengannya,” kata Zizan.

Tambah Zizan lagi, dia dan Johan tahu tentang perkara ini dan masing-masing mengambil keputusan untuk tidak melayan dakwaan mengarut seperti itu.

“Biarkanlah..lambat laun orang akan tahu juga siapa menipu dan buat cerita,” ujarnya.

Friday, October 25, 2013

Undi Zizan di Shout! Awards 2013

Assalamualaikum!

Shout Awards 2013: Zizan Dapat Empat Pencalonan
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2013%2F10%2F19%2Fmstar_hiburan%2F20131018140308&sec=mstar_hiburan

***CARA MENGUNDI SHOUT AWARDS***
-FAV TV PRSONALITY, sms SHOUT L6 ke 33399 or online http://www.shoutawards.com.my/2013/index.aspx?catid=11

-FLAVA, sms SHOUT D6 ke 33399 or online
http://www.shoutawards.com.my/2013/index.aspx?catid=4

-BEST ONSCREEN CHEMISTRY, smss SHOUT G6 ke 33399, http://www.shoutawards.com.my/2013/index.aspx?catid=7

Saturday, October 19, 2013

Shout Awards 2013: Johan & Zizan Ungguli Empat Pencalonan

Credits: http://www.mstar.com.my/

SUBANG JAYA: Dua pelawak iaitu Zizan Razak dan Johan mengatasi artis lain apabila masing-masing memperoleh empat pencalonan dalam anugerah Shout Awards 2013 yang akan diadakan pada 9 November depan di Stadium Putra Bukit Jalil, kuala Lumpur.
Ia akan berlangsung pada pukul 8.30 malam dan disiarkan menerusi saluran 8TV.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, telah dicalonkan menerusi kategori Flava Awards dan Favourite TV Personality Award.
Manakala Johan, 29, telah dicalonkan menerusi kategori Coolest Radio Announcer Award dan Favourite Radio Show Award menerusi segmen Johara Pagi Era.
Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Jozan turut berkongsi dua pencalonan menerusi kategori Best On-Screen Chemistry Award.

Tuesday, October 15, 2013

Saturday, October 5, 2013

 
Ntah paper la diorang ni nak tuduh yang bukan2.. Pliss stop it!

Thursday, October 3, 2013

Lucu: Erra Fazira - Saya Nak Isytiharkan Bini2 Baru Say Ni



Jom layan This Keek! Keek ni from Erra Fazira. Bini2 baru katenyerr.. Kalau korang nak tahu kenapa zizan ade 2 bini pastu bini baru pulak tu... Tungguuuu ~~

Double Enough!!!

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Zizan Razak menafikan mempunyai masalah dalaman ataupun bermasam muka dengan pasangan gandingannya dalam kumpulan Jozan iaitu Johan.

 Namun, Zizan, 29, mengakui agak sukar berjumpa dengan rakannya itu kerana kedua-dua mereka mempunyai komitmen kerja masing-masing.
"Kami tiada apa-apa masalah cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja, waktu kerja pula berbeza, kebiasaannya masa dia tidur, saya baru bangun.


"Tapi kami sering berhubung dan bertanya perkembangan cuma akhir-akhir ini mungkin kurang digandingkan di televisyen," katanya kepada mStar Online.

 Zizan berkata demikian ketika ditanya tentang khabar angin kononnya dia dan Johan sukar untuk ditemukan.

 Bagaimanapun, Zizan berkata, dia sering mencari kesempatan untuk bertemu dengan Johan di studio radio jika mempunyai tugasan di Astro.



"Kalau ada promosi di radio atau televisyen di Astro saya akan ambil kesempatan untuk bertemu dia.
"Saya sanggup tukar masa tidur saya untuk datang bertemu dia terlebih dahulu," katanya.


*I LIKE THIS >>
"Saya sanggup tukar masa tidur saya untuk datang bertemu dia terlebih dahulu,"* #SOSWEET !

Wednesday, October 2, 2013

Zizan Razak Belum Mahu Menyanyi Solo

Pengacara rancangan ‘Melodi’ dan ‘Akademi
Fantasia 2013’, Zizan Razak menjelaskan yang dia
belum ada perancangan untuk menghasilkan lagu
solonya sendiri selepas muncul dengan beberapa
lagu seperti ‘Selamat Tinggal’ bersama Dina
Nadzir dan lagu ‘Bawaku Pergi’ serta ‘Infiniti
Cinta’ bersama Kaka Azraff.
“Saya andaikan begini, apabila di pentas komedi,
mesti ada seseorang yang memegang peranan
‘joker’. ‘Joker’ ini boleh bertukar-tukar karakter
dan melakukan pelbagai perkara. Saya memegang
peranan ini dan orang boleh menerimanya.
Semua bidang saya ceburi. Bermula dari bidang
lawak, lakonan, pengacaraan sehingga ke
nyanyian. Pada mulanya, saya anggap perkara ini
main-main sahaja tapi kini perkara ini telah
berubah menjadi serius. Apabila sudah serius,
saya lakukan perkara ini dengan sungguh-
sungguh,” jelas Zizan memulakan perbualan
bersama GUA.
“Saya kadang-kadang terfikir juga, bagaimanakah
nanti penerimaan orang sekeliling sekiranya saya
menyanyi secara solo. Saya selesa menyanyi lagu
yang ada bait ‘rap’ di dalamnya, tapi untuk
bergerak solo, saya belum lagi memikirkannya,”
tutur Zizan ketika ditemui di Majlis Pelancaran
Single ‘Infiniti Cinta’ di Souled Out, Jalan
Ampang pada Rabu.
Lagu terbaru Zizan dan Kaka, ‘Infiniti Cinta’ ini
dicipta oleh Audi Mok dan Omar K. Liriknya pula
dihasilkan sendiri oleh Zizan dengan kerjasama
Aris. Saat ditanya adakah kontroversi yang
tercetus dengan lagu ‘Bawaku Pergi’ dahulu akan
memberi kesan kepada lagu terbarunya bersama
Kaka, Zizan merasakan lagu ini tidak akan
terkesan dengan kontroversi terbabit.
“Saya rasakan kontroversi lagu ‘Bawaku Pergi’
tidak akan memberi kesan kepada lagu ‘Infiniti
Cinta’. Orang yang bercakap mengenai
kontroversi lalu pun mungkin hanya seorang
dua. Jadi saya rasakan perkara ini tidak akan
mempengaruhi kesan penerimaan orang ramai
terhadap lagu terbaru kami,” cerita Zizan lagi.
Sementara itu, muzik video lagu ‘Infiniti Cinta’
turut dilancarkan pada majlis yang sama.
Diarahkan oleh pengarah prolifik, Ghaz Abu
Bakar, muzik video ini telah memaparkan Kuala
Lumpur seakan-akan kota New York dan
menampilkan Zizan memegang peranan sebagai
seorang chef.