My Stalker.. Haha

Thursday, January 9, 2014

Kwangsoo Terharu Sambutan Luar Biasa Peminat Di Malaysia

 
 Credits: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/107881/Kwangsoo-Terharu-Sambutan-Luar-Biasa-Peminat-Di-Malaysia.aspx

Buat pertama kalinya, bintang Running Man, Lee Kwangsoo menjejakkan kaki ke Malaysia untuk menjayakan satu sesi bertemu peminat yang berlangsung di KWC Fashion Mall pada Sabtu.

Menurut Kwangsoo, dia sangat terharu apabila rata-rata peminat di Malaysia mengetahui segala infomasi mengenai dirinya.

“Saya terkejut dan terharu, tidak sangka peminat di Malaysia banyak mengetahui tentang diri saya. Betul-betul mengejutkan.” ujarnya di sesi bertemu peminat yang perlangsung pada Sabtu.

Selain itu, pelakon dan juga model ini akui dirinya terasa sebak kerana sambutan yang luar biasa terhadap kehadiran dirinya di Malaysia.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka peminat saya seramai ini di Malaysia. Saya harap anda semua akan terus menyokong saya.

“Saya berjanji akan memberikan yang terbaik buat anda semua di masa akan datang. Tiba-tiba saya terasa sedih, pertemuan ini sepatutnya gembira tetapi saya pula terasa sebak dan terharu.” ujarnya menahan sebak.

Selain itu, pada acara yang di anjurkan oleh JS Concert Production ini telah di serikan dengan tarian ‘treadmark’ Kwangsoo ketika di dalam Running Man dan mendapat sorakan gemuruh daripada peminat.

Sebelum persembahan tamat, Kwangsoo juga berjanji akan kembali lagi ke Malaysia bersama ahli-ahli Running Man yang lain untuk bertemu peminat di sini.

“Terima kasih atas sokongan anda. Saya suka Malaysia, saya janji akan kembali lagi ke sini tetapi bukan secara berseorangan… Saya akan ajak seluruh keluarga Running Man untuk bertemu dengan anda semua.

“Saya seronok bersama anda, peminat Malaysia sangat menakjubkan. Semoga kita akan bertemu kembali pada masa akan datang. Terima kasih semua, saya sayang anda semua.” ujarnya mengakhiri perbualan.

Ely: dasi yeleul malleisia-e waseo! yeogieseo ulineun hangsang dangsin-eul gidaligo isseubnida!
      (translate: datanglah ke Malaysia lagi ya! kami di sini sentiasa menunggu kamu!)

SARANGHAEYO, KWANG SOO OPPA!

 
Best regards,

MLM2013: Jep Sepahtu Bersikap 'Masuk Bakul Angkat Sendiri'?

 
 Credits: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/108243/MLM2013-Jep-Sepahtu-Bersikap-Masuk-Bakul-Angkat-Sendiri.aspx

Program Maharaja Lawak Mega 2013 sudah pun masuk minggu kesembilan dengan pelbagai kejutan yang berlaku sebelum ini. Antaranya tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu Jumaat minggu dan menyaksikan persaingan di gelanggang MLM 2013 yang semakin sengit.
Dalam kesibukan para peserta bersiap sedia untuk beraksi di minggu kesembilan, timbul pula kisah terbaru dari salah seorang ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep.
Menerusi sebuah artikel di Utusan Online, segelintir peserta MLM 2013 tidak berpuas hati dengan “attitude” Jep yang dikatakan 'masuk bangkul angkat sendiri'. Jelas salah seorang peserta mengakui Jep merupakan seorang rakan yang baik tetapi dia meluahkan rasa kecewa selepas pelawak berasal dari Kulai, Johor ini membangga diri sebab dia yang menggerakkan kumpulan Sepahtu.
Memang diakui, kumpulan Sepahtu mempunyai pengikut yang cukup ramai ditambah lagi dengan kekuatan dan kebolehan Jep, Shuib dan Rahim menggerakkan sesuatu persembahan tidak boleh dipertikaikan.
Tapi apabila Jep bercakap seperti itu seolah-olah dua rakannya iaitu Shuib dan Rahim tidak menyumbang apa-apa untuk Sepahtu menerusi MLM 2013. Mungkin Jep tidak sedar tentang perkara yang disebutnya tetapi bagi mereka yang selalu mendengar mungkin merasa pelik dengan tindakan Jep.
Dalam pada itu, pihak Astro Gempak cuba menghubungi Jep untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini. Namun sehingga kini Jep tidak dapat dihubungi kerana kemungkinan Jep sedang melakukan persiapan untuk persembahan di minggu kesembilan yang bakal diadakan di perkarangan pintu utama New Wing One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Rasanya para penonton lebih tahu untuk menilai sendiri apa yang berlaku di hadapan mata mereka. Atau mungkin ini salah satu strategi untuk menjatuhkan atau memburukkan Jep? Kita nantikan sahaja jawapan dari pihak Jep pula.
Jangan lupa untuk mengundi dan menyokong program Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan bersiaran setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), taip ML[nama singkatan PESERTA] atau ML<3/5/10>[nama singkatan PESERTA] untuk (3/5/10 undian) ke 32777
Contoh : ML10 [nama singkatan PESERTA] ke 32777.

Untuk 20 undian: Taip ML20[nama singkatan PESERTA] ke 32777.

Setiap SMS akan dikenakan kadar premium sebanyak RM0.50 bagi setiap undian.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini program Maharaja Lawak Mega 2013!

Ely: Nak buat macam maner, org dh benci kite x boleh pakse die sruh suke kat kiter. Redha jela abg jep~ kuatkan semangat abg jep. be yourself. Pedulikan je ape yg diorg ckp. biarlah ape org nak kate. Rmai lgi yg sokong abg jep. Gud Luck utk esok ok! hwaiting!
Best regards,

Neelofa Masak Untuk Zizan, Emma Maembong & Kaka

 

Credits: http://beautifulnara.com/7-gambar-neelofa-masak-untuk-zizan-emma-maembong-kaka/

Untunglah jejaka yang dapat memperisterikan Neelofa kelak. Sudahlah cantik manis orangnya, pandai memasak pulak tue. Terliur Abang Nara melihat lauk pauk yang disediakan oleh Neelofa untuk Zizan, Emma Maembong dan Kaka yang datang melawatnya di Los Angeles. Memang nampak sedap terutamanya ayam masak kicap tue.

 Abang Nara respek dengan ukhwah yang terjalin di antara artis-artis Malaysia. Walaupun jauh di tempat orang, masih meluangkan masa untuk melawat sesama sendiri. Sikap ini harus dicontohi. Sekurang-kurangnya singgah bertanya khabar pun dah okay. Neelofa pun bagus sangat kerana menjamu tetamu yang hadir. Semoga semakin murah rezeki.

 Lagi beberapa gambar Neelofa menunjukkan “skill” memasaknya untuk rakan-rakan tercinta di Los Angeles dengan membaca artikel ini sepenuhnya.





Best regards,

Tuesday, January 7, 2014

Shiro Kesal Dakwaan Tidak Berasas

 

 
Credits:  http://www.era.fm/

Oleh Izzat Ismail

Baru-baru ini terdengar dakwaan mengatakan kumpulan Shiro telah digam oleh satu stesen televisyen. Perkara ini terjadi apabila Shiro dikatakan telah membuat satu jenaka yang menyentuh situasi semasa kepada tetamu VIP yang telah hadir. Mengulas lanjut mengenai kesahihan perkara ini, Ajak menolak perkara tersebut dan menyatakan ianya hanyalah khabar angin. Bukan itu saja, kumpulan Shiro sendiri tidak pernah mengetahui kesahihan perkara tersebut dan menyatakan ianya adalah dakwaan yang tidak berasas.

Ini kerana selepas program itu, Shiro masih lagi dijemput untuk menjadi pengacara pada rancangan Tahun Baru 2014. Tambahnya lagi, mereka turut tidak menerima apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut dari stesen televisyen itu. Ajak dalam kenyataan lain berharap semua pihak tidak menyebarkan khabar angin ini dan hubungan diantara Shiro dan mana-mana produksi televisyen adalah sangat baik.

Dalam kata lain pula, Ajak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan berharap agar sokongan tersebut berkekalan pada masa hadapan. Tambahnya, persembahan mereka pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan oleh stesen televisyen tersebut.  Kumpulan Shiro bagaiamanapun menganggap perkara tersebut sebagai cabaran menjadi anak seni dan meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak.
 
 Ely: kalau dah benci kat orang tu, semua boleh jadi. So, kuatkan semangat SHIRO! masih ramai lagi mahu menyokongmu.. Hwaiting! 
 
Best regards,

[NEWS] PENGEMBARAAN #WFETRIP KE USA – LOS ANGELES

 

Credits: http://www.wirefame.com.my/news-pengembaraan-wfetrip-ke-usa-los-angeles/

Apa kabar korang semua? apa azam baru tahun nie? sebelum tu belum terlambat lagi kitorang nak mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru 2014″ semoga tahun baru ini akan memberi harapan dan rezeki yang melimpah ruah untuk korang semua. Pembukaan entri untuk tahun ini istimewa sedikit dimana kitorang akan mengemaskini aktiviti artis dan pihak pengurusan WFE menjelajah dan bakal menimba pengalaman baru di USA (Amerika Syarikat).
Pada satu haribulan 2014 yang lepas, artis WFE  Zizan Razak, Kaka Azraff, dan Emma Maembong bersama kakitangan dan pihak pengurusan WFE telah berlepas ke Los Angeles untuk bercuti sambil bekerja, sayang sekali ChaCha dan Johan As’ari tidak dapat bersama kerana ada urusan kerja. Selain daripada Los Angeles ada beberapa tempat lagi yang mereka kunjungi yang akan kitorang update nanti. Selain bercuti sambil bekerja, Pihak pengurusan WFE ingin mendekatkan artis-artis dibawah naungan nya dengan industri lakonan dan nyanyian di Hollywood. Dengan pengalaman ini, ia dapat memberi pengalaman dan semangat baru untuk artis-artis WFE.
Menurut diorang yang berada disana, cuaca agak dingin pada tengahari dan sejuk pada waktu malam..seronok la nampaknya diorang kat sana tu. Banyak tempat-tempat menarik yang mereka lawati kat sana..harap-harap cepat la diorang kat sana bole update kitorang kat sini dengan gambar-gambar dan informasi yang menarik yang bakal mereka kongsikan bersama. Korang semua stay tuned..kitorang akan update terus kat entri blog WFE nie sebaik sahaja kitorang dapat update daripada diorang.
Sebelum tu kitorang kongsi dulu dengan korang WFE [MOMENTS] diorang kat sana..enjoy!


 

 

Best regards,