My Stalker.. Haha

Monday, January 13, 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 9 - Persembahan Sepahtu (+senarai main)


 
Nak bukti yang SEPAHTU nie memang best? jom tengok persembahan mereka di minggu ke 9!

Best regards,

Persembahan Gempak Leesang, Buat Peminat Malaysia Terpukau!

 

Kehebatan dan aksi bertenaga yang di persembahkan oleh duo hiphop popular terkenal Korea, Leesang di Kenangan Wholesale City (KWC) Mall benar-benar membuatkan peminat terpukau.

Kedatangan mereka ke Malaysia pada Sabtu lalu untuk menjayakan showcase pertama di sini sangat berbaloi apabila menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat.

Leesang yang dianggotai oleh dua orang sahabat iaitu Kang Gary dan juga Gill telah membuatkan penonton hanyut dengan persembahan mereka.

Dimulakan dengan paparan visual koleksi album mereka, Gary dan Gill kemudiannya tampil dengan empat buah lagu popular iaitu ‘Modesty Is Difficult’, ‘I Turned Of The TV,’ ‘You’re The Answer To The Like Me’ dan ‘Woman Who Can’t Break Up Man Who Can't Leave’ mendapat sorakan tanpa henti daripada peminat.

Menariknya apabila lebih kurang 4000 peminat yang hadir berdiri dan bersorak setiap kali Gary dan Gill tampil untuk menyanyikan lagu-lagu mereka seterusnya, tidak kurang juga yang datang membawa ‘banner’ masing-masing  yang antaranya tertulis ‘Gary oppa saranghae,’ dan juga ‘Leesang Daebak’ semata-mata untuk menarik perhatian artis kegemaran mereka.

Malah, ada peminat mereka yang sanggup terbang dari Korea ke Malaysia semata-mata mahu menyaksikan showcase daripada duo hiphop hebat ini.

Selain itu, terdapat satu segmen kejutan di mana 10 orang peminat dipilih oleh mereka di jemput naik ke pentas untuk menyertai permainan yang telah di sediakan. Sikap mesra di antara Gary dan Gill bersama peminat telah membuatkan malam tersebut lebih bermakna.

Figura popular dalam rancangan variati Runningman ini juga terkejut apabila dia telah di peluk oleh seorang peminat dari balakang semasa acara permainan sedang berlangsung.

Berlainan dengan karakternya yang agak polos di dalam Runningman, Gary yang tampil sebagai penyanyi kelihatan lebih bergaya dan cara beliau menyampaikan aksi rap mendapat pujian daripada peminat.

Sorakan semakin kuat apabila lagu ‘Let Us Meet Right Now’ berkumandang kerana ianya merupaka lagu yang sering didengar dalam siri Runningman ketika Gary dan Jihyo yang dikenali sebagai pasangan Isnin ini bersama.

Mereka telah menyampaikan 10 buah lagu hebat dengan aksi penuh bertenaga dan 'fan service' yang di berikan telah membuatkan peminat jatuh hati.

Leesang juga terharu dengan sambutan terhadap ‘Leesang 1st Asia Showcase in Malaysia’ dan gembira kerana berpeluang bertemu peminat di sini.

“Kepada anda semua yang berada di sini, terima kasih kerana menyokong…Kami tidak menyangka peminat kami agak ramai di Malaysia dan sokongan anda amat berharga buat kami.

"Kami akan berusaha dengan lebih keras untuk menghasilkan album dan muzik terbaik..Kami sayang anda, Malaysia hebat!” ujar Gary sebelum  persembahan tamat.

Kemeriahan 'Leesang 1st Asia Showcase in Malaysia’ ini dibawakan khas oleh piham penganjur iaitu Pop Culture Live, CJ E&M dan Leesang Company.


Best regards,

Gosip Tentang Jepp: Berhenti Aibkan Saya! – Jep Sepahtu

 
 
Hai. Tadi lepas balik sekola terus bukak fb. After that, dah buka je fb, scroll5 sampai bawah nampak artikel pasal Jepp  yang tajuk dia " Berhenti Aibkan Saya! ". Itupun ada orang post. Kalau dia dah post, konfem la bukak kan sebab nak tau. Kalau korang nak tau cerita die macam mana, boleh bukak link ni 


Rasa kesian pun ada kat Jepp kita ni. Orang ingat dia ni lupa diri n umpama ‘masuk bakul, angkat sendiri’. Jep pun rasa terkejut la juga sebab ada juga yang nak jatuhkan Jepp. 

 “Berhenti aibkan saya! Saya agak terkejut dengan artikel tersebut yang mana saya rasakan seperti ‘baling batu sembunyi tangan’. Jika benar saya ada meninggi diri sebelum ini berikan saya bukti siapa peserta MLM 2013 yang jaja cerita tersebut? Saya tidak rasa ada peserta MLM jaja cerita kerana kami sama-sama kawan baik dan tiada masalah pun.

“Rasanya kami bertiga yang sama-sama bersusah- payah mengeluarkan idea dan cuba buat sehabis baik di gelanggang MLM  setiap minggu. Tiada istilah saya sahaja yang gerakkan Sepahtu sedangkan yang lain tidak membantu. Saya anggap artikel tersebut cuba menjatuhkan dan melagakan saya dengan ahli kumpulan Sepahtu dan saya sememangnya agak terkilan dengan apa yang terjadi,” kata Jep kecewa.

Tu baru Jepp, belum Shuib lagi...
“Saya kenal Jep macam mana. Dia seorang yang sangat menghormati pandangan dan kemampuan individu lain. Kami bertiga yang sama-sama berusaha naikkan nama  Sepahtu. Berhenti lempar tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti Jep,” kata Shuib dengan nada kecewa.

 Bagi Ely, biar la orang nak cakap apa pun. Yang penting diorang tak kacau hidup Jepp. Mungkin diorang belum kenal siapa dia sebenarnya di luar. Mungkin orang yang dah follow Jep dari Raja Lawak lebih lama dari orang yang mengutuk tak pasal2. Dah2 la tuhh. Mungkin lawak dia banyak menyakitkan hati orang tapi pliss la jangan mengutuk sebarangan. Tunjuk bukti dulu yang Jepp ni lupa diri. Ok? 

Nak tahu lebih detail lagi pasal gosip ini,  boleh click link kt atas. TQ!

Best regards,

Saturday, January 11, 2014

Tahniah Sepahtu!

 
     Tahniah untuk Sepahtu kerana memenangi Perodua Alza! Kereta tu sememangnya milik sepahtu. Tahniah juga untuk Rahim sebab menang "Man on The Match" malam tadi. Rasa x excpect pon Rahim menang tapi ini dah rezeki die so, congrats, Rahim!. 

     Persembahan Sepahtu memang best bila part yang Jep menyamar jadi orang betul padahal die gila. Haha!. Selain daripada Sepahtu, Shiro, Jambu, nabil pon sangat ohsem. Tidak lupa juga persembahan dari SYJ, Comey dan Bocey. Mereka membuat persembahan di perkarangan pintu utama One Utama New Wing, Bandar Utama, Petaling Jaya. Sambutan di sana memang amat menggalakkan. 
     Jom dengar ucapan dari Sepahtu yang saya copypaste dari instagram!

Jep >> Syukur Ya Allah..yang hebat itu Allah,yang kuat itu Allah,yang berlaku semua atas izin Allah..tiada daya upaya melainkan dgn pertolongan mu..semua nya Allah yang punya..jutaan tkasih kpd pminat2 sepahtu yg sgt luar biasa..anda buat kami bangga dan terharu ade fans seperti kamu! Semoga Allah merahmati kita semua..amin

Shuib >> Ribuan terima kasih pd semua yg menyokong #sepahtu dan #maharajalawakmega2013...anda semua Amazing!!!! Dan syukur padamu YaAllah diatas limpahan kurnia dan rezeki...Syukur Alhamdulillah...@rahimr2 #manofthematch #maharajalawakmega2013 #perodua #alza

Ely: Alhamdulillah. kalau dh menang tu, jngan lupa diri, Ingat siapa yang undi ualls ok? CONGRATULATIONS SEPAHTU! Murahnya rezeki Sepahtu kan? Alhamdulillah... =)

From IG @shuibsepahtu 

 From FB
  
Best regards,

Thursday, January 9, 2014

(31 GAMBAR)Lee Kwang Soo Menangis Kerana Peminat Malaysia

 
Credits:  http://segalanyabestdisini.blogspot.com/2014/01/31-gambarlee-kwang-soo-menangis-kerana.html

Bukan mudah untuk membuatkan seorang yang gemar membelot dan mengkhianati rakan-rakannya di dalam Running Man untuk menangis, namun itulah yang berjaya dilakukan oleh peminat-peminat Lee Kwang Soo di Malaysia. Si tinggi lampai (zirafah) ini dilihat sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat video kompilasi aksinya yang disediakan oleh para peminatnya ketika sesi bertemu peminat Malaysia Sabtu lalu. Memang daebak sungguh!!!

 Walaupun kehadirannya di Malaysia sangat singkat, namun banyak aktiviti menarik yang telah dilakukan ketika bersama peminat-peminatnya. Antara yang menarik ialah sesi bermesra bersama peminat bertuah di atas pentas, sesi soal jawab yang lucu dan paling best, sesi Lee Kwang Soo menyanyikan lagu “I Believe” khas buat para peminatnya.

 
Ely pasti para peminat Lee Kwang Soo mendapat seribu kenangan indah selepas selesai sesi bertemu peminat ini. Diharap si pembelot dapat meyakinkan rakan-rakannya untuk hadir ke Malaysia sama ada untuk membuat penggambaran atau menghadiri sesi bertemu peminat dengan lengkap tanpa ketinggalan satu pun ahli Running Man. Pasti kebaboom dan meletup punya.

 
 Lagi beberapa keping gambar Lee Kwang Soo ketika sesi bertemu peminat dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada TianChad. Lebih banyak gambar boleh dilihat diFacebook TianChad.



 
Comelnya diorg! 

 

 

 

 

 





 

 

 


 *sebenarnya bnyk lagi gmbar yg blom update but, nk tido sbb esok skola Ely nk tido... papai! anyeong gihaseyo! nanty Ely sambong ok!


Best regards,