My Stalker.. Haha

Thursday, May 29, 2014

Miss My Blog!

 
Anyeonghaseyo!
Dah lama tak update blog kesayangan ely ni. dah berhabuk dah agaknya dan sekarang, meh sini ely bersihkan semua habuk, usang, sarang labah2 semualah yang ada. Haha!

Apa khabar? sihat ke? ely sihat je. Mana taknya, harini second day school holiday. 2 minggu pulak tuh! apa lagi, layan fb, twitter, instagram, wechat sampai lebam la jawabnya. Cuti sekolah ni korang buat apa? Ely duduk rumah je tak pergi mana-mana pun tapi yang pastinya, malam ni 29/5 ely nak pergi movie day out dengan Zizan & Emma. 
     Gila tak suka?? dah lah boleh tengok movie ''abang long fadil'' lepas tu dengan retis lagi tu. Tipulah kalau cakap tak seronok dapat jumpa retis ni kan. 
Dekat mana? dekat Mid Valley pukul 10. Tapi ely segan la ngan fanclub ZTF ni sebab ely x berapa rapat sangat dengan kengkawan ZTF ni. Kalau diorang tanya sepatah, Ely pun jawab sepatah jela. Kalau lebih nanti, kata buang tebiat pula katanya. Kan?
     Ha! teringat pula novel Ely <Cool Vs Hot> tu. Apa cer? okay! dalam 2 minggu ni, InsyaAllah Ely akan continue novel tu sebab selama ni Ely busy sangat dengan exam, pertandingan kawab kaki macam2 lah aktiviti kat sekolah tu sebab tu ely stop kejap sementara waktu tapi tak ada lah sampai nak berhenti terus. Don't worry okay! Ely akan sambung novel tu. InsyaAllah ~~
     Korang ada dengar lagu baru comeback EXO <Overdose> tak? best kan? siapa yang EXOSTAN tu tahulah kan? Serius cakap dengan ualls memang best lagu dia. Kalau korang belum dengar, dengar la sekarang dekat youtube! tapi yang tak bestnya bila salah seorang member EXO atau leader EXO iaitu Kris dah tinggalkan EXO atas sebab2 yang tertentu. Siapa yang fanatik Kris tu, mesti korang sedih kan bila Kris dah tak ada lagi dekat EXO? Ely pun turut sedih juga. :'(( apa2pun korang jangan putuskan semangat untuk menyokong EXO walaupun pelbagai dugaan.
     Okaylah sampai sini saja. Lagi beberapa hari sahaja kita akan menyambut bulan ramadhan. Tak sabarnya! dan selamat bercuti kepada semua! happy holiday guys!! #PIECE :D

Ely: jangan lupa malam ni ada Karoot Komedia X3 sebab ada my beloved brother, Zizan Razak dan Jep Sepahtu!!! 
Bila?
pukul berapa?
channel apa?
setiap hari khamis jam 10 malam di astro warna dan tayangan serentak astro mustika HD!  
 

Best regards,

Movie Night Out ''Abang Long Fadil'' with Zizan Razak & Emma Maembong

 

 

Holla! tak sabar rasanya nak tengok movie arahan Syafiq Yusof 'Abang Long Fadil'. Nak2 lagi ada my beloved brother, Zizan Razak and this time, Ely bukan tengok dengan my sis jer tau. Ely akan tengok movie ni bersama fanclub Zizan n Emma iaitu ZTF (Zizans True Fans) dan EV (Emmavangers). Zizan dengan Emma pun akan turun padang sekali but, sorry sebab show 1 dan show 2 telahpun SOLD OUT! Malam ni Ely akan gerak. Ely ambil show 2 sebab show 1 dah sold out. Nasib baik sempat kalau tidak, kempunan lagi lah jawabnya. Can't wait this!!!!. InsyaAllah kalau Ely dapat snap dengan Abg Zan dan Kak Emma, Ely akan post kat sini but tak janji tau! bai!! xD

Credits Pic: ztf_official


Best regards,

Tuesday, April 15, 2014

Gosip tentang Jep: Jep Sepahtu Jawab Dakwaan Isu Maki Peminat

 

 Pelawak terkenal Jep Sepahtu melahirkan rasa kecewa mengenai laporan sebuah akhbar tentang dakwaan dirinya memaki peminat ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada 21 Mac lalu.

Untuk mendapatkan kepastian, Astro Gempak telah bertemu Jep semasa program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu dan meminta dia mengulas mengenai isu tersebut.

Menurut Jep, tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu terlalu berat malah menganggap ia sebagai satu fitnah.

“Kalau cerita negatif saya masih lagi boleh terima tapi janganlah sampai ia mengaibkan orang dan menjadi fitnah kepada saya.

“Saya takkan buat perkara macam tu, paling tidak pun kalau saya sibuk saya akan tolak dengan baik, tapi kalau tuduhan sampai kata saya memaki orang tersebut itu dah jadi satu fitnah.

“Sampai satu tahap saya rasa seolah-olah ada konspirasi nak menjatuhkan saya, dan perkara sebegini dah berlarutan sejak saya dalam maharajalawak lagi… Ada sahaja cerita negatif tentang saya,” ulasnya.

Selain itu, pelawak yang berasal dari Kulai, Johor ini juga mengakui dia tidak tahu apa motif yang ingin disampaikan oleh pengirim tersebut sehingga dia bertindak untuk memburukkan namanya.

“Kita tak tahu siapa yang suka kita dan siapa yang tak suka... Kalau berfikir secara logik, takkan saya nak buat macam itu bila ada peminat yang ingin ambil gambar?

“Sebab saya sedar, orang yang paling penting membuatkan saya berada hingga ke tahap ini adalah peminat dan saya sangat-sangat menghormati peminat saya… Mustahil saya nak buat perkara macam tu!,” katanya tegas.

Tambah Jep lagi dia memaafkan pihak yang mengada-adakan cerita negatif ini dan menganggap ia merupakan asam garam kehidupan sebagai seorang artis

“Saya baik-baik saja, Alhamdulillah bila keluar cerita-cerita negatif tentang saya ramai kawan-kawan datang jumpa saya dan berikan kata-kata semangat.

“Kadang-kadang disaat saya ‘dihentam’ teruk, saya tak marah sebaliknya orang-orang yang berada disekeliling saya yang geram… Saya anggap ini sebagai asam garam kehidupan seorang artis dan fitrahnya memang begitu.

“Apa yang buat saya jadi lebih kuat ialah percaya tuhan itu adil, buat baik dibalas baik dan bila anda buat perkara tak elok maka anda akan dapat balasannya.

"Saya tidak anggap mereka sebagai 'haters' sebaliknya saya doakan supaya hentikan perbuatan ini agar tidak berlarutan kerana dikhuatiri akan bebalik kepada diri mereka sendiri.” ujarnya mengakhiri perbualan.

Astro Gempak sebelum ini ada mengeluarkan artikel mengenai Jep yang didakwa menempelak peminatnya ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 21 Mac lalu.

Peminat tersebut yang terkilan dengan tindakan Jep itu telah menghantar surat kepada ‘Mizz Lahar’, ruangan gosip di sebuah akhbar tempatan.

Kredit Foto: Cipotredz


Best regards,

Thursday, April 10, 2014

Emma Gembira Bapa Terima Zizan

 

Oleh Izzat Ismail. Sumber Murai.

Nampaknya hubungan istimewa diantara pelakon Emma Maembong dan Zizan Razak semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, pelakon Projek Memikat Suami ini dikatakan telah membawa Zizan untuk berjumpa bapanya sebagai langkah pertama didalam mengeratkan lagi perhubungan diantara mereka dan keluarga.

Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa pasangan sejoli ini telah mengambil cuti panjang bagi membuat persiapan perkahwinan mereka berdua. Perkara tersebut telah disahkan sebagai tidak benar oleh Emma sendiri dan menganggap ianya hanyalah sekadar khabar angin. Tambahnya, memang benar dia ada membawa Zizan berjumpa dengan ayahnya tetapi bukan bertujuan untuk menetapkan hari bersejarah itu.

Emma yang ditemui semasa perlantikannya sebagai duta terbaru produk makanan tambahan dan kecantikan Miaxara di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini turut senang dengan perhubungan mereka ketika ini. Namun menurut Emma, dia masih lagi belum memikirkan lebih jauh tentang perkahwinan.

Anak pelukis terkenal negara buat masa kini gembira dengan penerimaan keluarganya serta merasakan Zizan mempunyai keserasian terutama dengan bapanya. Apatah lagi mereka berdua mampu bercakap loghat Terengganu bersama.

Emma yang baru saja menyambut hari lahir baru-baru ini telah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan Razak sebagai pemberian hari jadinya yang ke-22. Dia juga menjelaskan sebab utama dia berehat seketika daripada berlakon adalah kerana dia mahu berehat untuk sementara waktu memandangkan jadual hariannya sebelum ini terlalu sibuk di set penggambaran.


Best regards,

ZIZAN TAK PERNAH AJAK KAHWIN - EMMA MAEMBONG

 
Credits: http://www.myartis.com/2014/04/zizan-tak-pernah-ajak-kahwin-emma.html

Emma Maembong dan Zizan Razak akan kahwin tidak lama lagi!

Demikianlah gosip yang bertiup kencang mengenai hubungan dua sejoli ini yang sering dilanda kontroversi. Gosip bertambah hangat apabila pelakon Projek Memikat Suami itu yang berehat seketika daripada berlakon di anggap sebagai sibuk membuat persiapan kahwin.

Dan seperti biasa, bila diajukan soalan tersebut pada Emma, dia menafikan akan menamatkan zaman bujangnya. Dakwa Emma, semua gosip itu adalah tidak benar kerana dia dan Zizan tidak pernah bercakap soal kahwin, apatah lagi menetapkan tarikh nikah.

"Memamg saya akui, ramai yang bercakap bahawa saya dan Zizan akan berkahwin dalam tahun ini atau tahun depan. Semua itu tak betul.

"Memang benar kami rapat dan memang benar kami bercinta, tapi setakat ini dia (Zizan) tidak pernah mengajak saya berbincang ke arah itu dan jauh sekali untuk membuat baju atau menetapkan tarikh perkahwinan kami. Tiada langsung.

"Tidak ada sebarang kenyataan yang mengatakan kami akan berkahwin tetapi apa yang pasti kami memamg rapat ketika ini," ujarnya.

Bagaimanapun, dia mengakui pernah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan sebagai pemberian hari jadinya yang ke 22 baru-baru ini.

Tambah Emma, dia sedar hubungannya dengan Zizan telah berada pada fasa yang berbeza dan dia langsung tidak mahu berselindung lagi dengan peminat tentang keakrabannya dengan Zizan.

"Saya kenal Zizan sejak sebelum saya menjadi artis lagi. Itupun kerana kami berjiran di kampung dan kemudian barulah kami mula rapat.

"Bukannya dulu saya mahu menyorokkan hubungan kami, tapi dalam setiap perhubungan perlulah diberikan masa untuk mengenal hati budi masing-masing.

"Saya tak mahu sekiranya kami terlalu terbuka di awal perhubungan, takut nanti kalau tak jadi, pastinya saya juga yang malu.

"Seperti anda semua dapat lihat, barulah sekarang kami bersikap terbuka selepas kami mengenali hati budi masing-masing," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Best regards,